Tuesday, July 18, 2023

TIPS BISNES ONLINE

Mulanya saya berjinak-jinak dengan perniagaan online ialah apabila saya teringin nak membeli cadar dan saya lihat harga belian pukal lebih murah; maka saya pun cuba tanya rakan2 jika ada yang nak membeli produk yang sama. Dan alhamdulillah jumlah order yang terkumpul membolehkan saya dapat harga pukal yang lebih murah daripada harga jualan biasa. 

Sejak itu saya seronok berniaga online dan mula berniaga bermacam-macam produk hinggalah sekarang. Berniaga online bukan sahaja berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. 

 

Bagi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ataupun ingin menjadi usahawan online,  saya kongsikan beberapa tips permulaan untuk mereka yang ingin berniaga secara online.



JIKA INGIN BERNIAGA  ONLINE, 

5 perkara yang perlu diambilkira:

  • Cari ilmu berniaga
  • Jual produk yang kita guna dan suka
  • Manfaat penggunaan platform ataupun media sosial 
  • Guna strategi pemasaran terbaik
  • Rajin berusaha dan bertanya

1. Cari Ilmu Berniaga

Perkara pertama paling penting dalam  berniaga online. 


Cari ilmu tentang :

-cara berniaga

-barang niaga

-bagaimana untuk berjaya

-market research


Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang ingin dijual. Carilah kelas atau kursus yang berkaitan untuk memperkuatkan diri . Jadilah pakar dalam bidang yang diceburi. Lebih banyak ilmu yang  diperolehi, lebih bersedia kita dalam menghadapi  cabaran yang datang dalam dunia perniagaan.


2. Jual Produk yg kita guna dan suka 


Jual produk yang kita suka, produk yang kita guna, produk yang kita arif mengenainya.  

Bila kita sendiri guna , kita tidak akan mudah patah semangat lebih-lebih lagi  gagal mendapatkan jualan. 


Jangan cepat putus asa kerana rezeki kita Allah dah jamin. 


3. Manfaatkan Platform Media Sosial


Zaman sudah berubah. Internet semestinya medium terbaik untuk memasarkan produk jualan. Dengan adanya internet, potensi jualan dapat dikembangkan ke seluruh dunia.

Laman sosial seperti Facebook, instagram, Twitter, blog, TikTok dan yang terbaru Thread menjadi platform untuk memasarkan produk. 


4. Guna Strategi Peniaga Online Yang Terbaik

  • ketahui kumpulan sasaran
  • rancang strategi pemasaran
  • pilih teknik pemasaran yang bersesuaian seperti hashtags, iklan dsbnya

5. Rajin Berusaha Dan Bertanya

  • sentiasa mencari peluang perniagaan. 
  • Rajin bertanya dengan orang yang lebih arif dan pakar dalam bisnes online
  • Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif 
  • Jangan mudah putus harapan
  • berniaga perlukan modal - mulakan dengan modal yang rendah.

Dan sebaik-baik manusia adalah yang dapat mengambil hikmah dari apa yang telah ia lakukan, lalu menatap hari esok yang lebih baik,


>>>>>>>boleh baca tips bisnes online selanjutnya>>>>>>>>



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS :Tips bisnes online

No comments:

Post a Comment

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

1) PRODUK SHAKLEE SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN  Tahukah anda, multivitamin pertama di dunia iaitu VITALIZED MINERALS dicipta oleh Dr. Forrest...