Ibarat sebuah senjata, DOA adalah ubat dan pintu segala kebaikan.
Doa memberi kekuatan kepada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya kepada percaya dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan
Berdoalah untuk seramai-ramainya orang dengan sebaik-baiknya doa, InsyaAllah semua doa itu akan kembali kepada orang yang berdoa.
Beruntunglah menjadi seorang wanita kerana doa wanita itu lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat dari lelaki. Rasulullah bersabda, "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Doa 3 wanita yang Insya Allah mustajab;
1) Doa ibu kepada anaknya
"Tiga orang yang tidak akan tertolak doanya ; doa orang tua kepada anaknya, doa orang yang berpuasa, dan doa musafir." (HR Al Baihaqy)
Ibu pastikan ucap yang baik-baik untuk anak-anak.
2) Doa anak perempuan yang solehah untuk ayahnya
Doa anak merupakan amal yang tidak terputus jika orang tuanya telah meninggal dunia.
3) Doa isteri kepada suami.
Allah SWT sentiasa mengabulkan , apatah lagi doa isteri yang selalu mendoakan suaminya dalam apapun hal kebaikan.
Sabda Rasulullah SAW, " Sesungguhnya doa yang segera dikabulkan adalah doa seorang isteri kepada suaminya yang tidak berada di tempat yang sama atau saling berjauhan.' (HR Tirmidzi)
Walau di posisi apapun InsyaAllah doa wanita itu mustajab, samada seorang anak, isteri atau ibu. Jangan hanya menjadi wanita biasa tapi jadilah wanita yang istimewa.
Di sini saya kongsikan 3 doa dari AlQuran yang mudah dihafal dan bermakna untuk wanita mendoakan kedua ibu bapanya, anaknya, dan suaminya.
DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA
DOA UNTUK ANAK
Maka sebaik-baik wanita adalah wanita solehah yang sentiasa mendoakan orang di sekelilingnya.
>>>>>>>>> Doa Yang Bagus Untuk Wanita>>>>>>>
#Blogmegashaklee#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NextLevelBlogging
#Fabulous2023
----
WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
No comments:
Post a Comment