Friday, July 28, 2023

PERCUTIAN SHAKLEE

Bercuti??

Satu pengalaman yang menyeronokkan dan mengujakan sesiapa sahaja. 

Siapa yang tidak suka pergi bercuti?

Saya rasa semua orang suka pergi bercuti dan melihat negara orang.

Saya sendiri sangat suka pergi bercuti. Tak kira bercuti di dalam mahupun di luar negara, ia merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Melihat pemandangan laut, gunung bukit-bukau, bersiar-siar ke tempat baru, merasai sendiri adat budaya tempatan, dapat merehatkan minda dan menenangkan diri dari kesibukan pekerjaan harian.

Namun, percutian memerlukan belanja yang besar. 

Jadi bagaimana nak dapatkan percutian secara PERCUMA?

Antara tips untuk dapatkan percutian percuma;

1) Sertai peraduan

Banyak peraduan yang menawarkan percutian percuma. Jadi sertai dan jadi orang yang bertuah.

2) Buat tabung khas Travel

Tabung yang beri pasif income setiap tahun untuk travel. Tidak perlu pening kepala fikir tentang dana untuk travel, Setiap tahun pun dapat cuti percuma.
Bisnes bersistem biasanya akan berikan insentif travel percuma bila anda sampai ke tahap tertentu.

3) Join Bisnes yang menawarkan percutian percuma

Dapat jana income, berjumpa kawan baru, dan tambahan percutian 5 bintang dengan syarat perlu bekerja keras. 

Dan Shaklee adalah bisnes yang bagus untuk disertai kerana ia memiliki sistem training yang bagus dan insentif percutian 5 bintang. 


Saya belum ada peluang bercuti bersama Shaklee, tetapi saya ada mendengar cerita dari upline saya master Puteri bagaimana beliau berpeluang mendapat Percutian Shaklee,

Percutian beliau pada tahun 2019 ke Phuket adalah reward tahunan kepada LEADERS dalam bisnes Shaklee. 

Beliau mendapat incentive trip ke Phuket dan menginap di Duangjitt Resort & Spa. 


Master Puteri dan rakan-rakan berangkat bersama-sama Shaklee dalam cruise 5 hari 4 Malam , dari Port Klang- Langkawi- Phuket- Penang- Port Klang. 




Trip beliau ini telah memberi motivasi kepada saya dan rakan-rakan lain, dan saya berdoa supaya saya boleh join trip dengan Shaklee. Teruja mendengar trip yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee, hanya bawa baju, bawa badan. Trip Shaklee juga boleh bawa anak-anak, suami, isteri malah ibu bapa. 


Semoga satu hari nanti saya berpeluang merasai Percutian Shaklee,

Apa istimewanya Percutian Bersama Shaklee ?


1- SEMUANYA PERCUMA!

Shaklee akan taja sepenuhnya dari segi:

😍Tiket penerbangan pergi & balik

😍 Penginapan di hotel 5 bintang

😍Makan minum

😍 Aktiviti di sepanjang tempat yang dilawati


2- WANG SAKU

Duit poket disediakan.


3- PENGINAPAN MEWAH HOTEL 5 BINTANG.

Shaklee akan book hotel mewah untuk pesertanya. 

 

4- TIKET PERCUTIAN BOLEH BAWA YANG TERSAYANG

Peserta boleh bawa seberapa ramai ahli keluarganya, yang penting cukup point untuk layak. 


5- PENGURUSAN PERCUTIAN YG PROFESIONAL. 

Shaklee akan uruskan untuk kita dapat melawat tempat-tempat yang unik


Bagaimana Nak Melayakkan Diri Menikmati Percutian Shaklee?


Langkah pertama, DAFTAR SEBAGAI AHLI dan mulakan langkah untuk membina empayar bisnes Shaklee anda sendiri. 


Percutian ini adalah salah satu insentif kekal di dalam perniagaan Shaklee, yang mana ada kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi setiap bulan untuk mengutip mata, sehingga terkumpul cukup pada penghujung tahun. 


Hubungi saya untuk lebih info lagi. 


>>>>>>>> percutian shaklee>>>>>>>>



#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#NextLevelBlogging

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS :percutian shaklee





Sunday, July 23, 2023

TIPS TRAVEL DAN PERSEDIAAN BERHADAPAN DENGAN IMIGRESEN

Pada 21 Disember 2019 kami sekeluarga travel ke Melbourne untuk melawat anak sulung yang belajar di sana. Dari Kuala Lumpur kami mendarat di Avalon, Melbourne Airport.

Bila mengembara saya pasti rasa seram sejuk untuk melalui pegawai imigresen di mana-mana negara pun. 

Lebh-lebih lagi negara seperti Australia yang telah meletakkan rakyat Malaysia yang tertinggi dalam senarai 'red flag' mereka. Dan menjadi negara yang mengadakan banyak pantang larang untuk memasuki negara mereka. 

Sebelum 'terbang', saya telah pastikan semua dokumen lengkap dibukukan:

  • Tiket penerbangan pergi dan pulang 
  • Salinan passport dan visa.
  • Aturcara perjalanan sepanjang berada di Australia, ke mana dan di mana akan pergi. Biarpun tak semua yang ditulis akan saya pergi, tetapi sekurangnya ada perancangan, kerana perjalanan tanpa perancangan ibarat perjalanan tanpa arah tuju.
  • Salinan bukti tempahan kereta sewa dan rumah penginapan beserta alamat di setiap tempat yang kami akan pergi.
  • Senarai makanan dan ubatan yang di bawa. 
  • Senarai nama dan nombor emergency untuk dihubungi.
  • Salinan travel insurance perjalanan.
  • Saya juga telah hantar email kepada kedutaan Malaysia di Melbourne memaklumkan tentang perjalanan kami. 
  • Segala mak nenek tips juga saya baca.
  • Itinerary perjalanan juga saya check berulang kali.

Bak kata pepatah backpackers berpengalaman, nak redah biar berilmu, apa-apa jadi taklah buntu. 

Walaupun ini kali kedua ke Australia namun ia pengalaman yang berbeza. Masih ada rasa cuak dalam diri.

Saya kongsikan sedikit tips travel dan persediaan untuk berhadapan dengan pegawai imigresen.

TIPS TRAVEL PERSEDIAAN BERHADAPAN DENGAN PEGAWAI IMIGRESEN

1. Selepas tidur berjam-jam, mata tentu merah dan mulut berbau. Pastikan cuci muka bagi segar sebelum ke kaunter imigresen. Pegawai imigresen pun senang menerima kunjungan kita. 

2. Sentiasa tunjukkan muka yang ceria meria keria dan sopan ketika melangkah ke kaunter imigresen, ucapkan sepatah dua seperti ‘Hi Hallo morning’ sebelum mereka mula bertanya. Senyummmmm...

3. Berpakaian kemas selayaknya seperti pelancong.

4. Hanya perlu jawab soalan apa yang ditanya sahaja, tidak perlu beri jawapan sampai ke laut dalam

Antara soalan yang ditanya apabila melihat Arrival Card yang telah saya isikan:

Why do you tick Yes in this box?

What do you want to declare?

Are you guys together?

Are you coming for holiday?

Where are you staying?

Who is she?

Semua ok bab arrival namun sebelum ke pintu keluar ada lagi sekumpulan pegawai imigresen yang menunggu di tengah dan bertanyakan tentang makanan dari kapal terbang.

Walaupun saya aware tentang makanan dalam flight tidak boleh di bawa turun tetapi saya lakukan juga kerana sayang hendak buang 2 biji karipap yang tidak habis dimakan di dalam kapal terbang. 

Saya tak makan karipap tersebut jadi kurang pasti ingredients di dalamnya dan tak baca pula apa yang tertulis di kotak.

So dah kantoi rupanya dalam karipap ada ayam. Setelah buat muka seposen dan cakap berulang kali sorry morry pegawai imigresen bagi warning dan lepaskan kami. Alhamdulillah.

5. Serlahkan wajah dengan penuh keyakinan, jangan buat muka cuak walaupun sebenarnya memang cuak. Kita hanya mahu pergi mengembara bukan nak langgar undang-undang. 

Ubatan yang saya declare tanda yes,  imigresen tak tengok pun. Dia cuma tanya ubat apa. 

Begitulah pengalaman ketika di imigresen tempoh hari. Ujian tetap ada walaupun kita sudah bersedia. Hadapilah dengan tenang dan  jangan kalut. Hidup adalah ujian.

Saya kongsikan sedikit gambar-gambar kenangan di Melbourne.








>>>>jom baca tips travel rakan saya>>>



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS :TIPS travel

Tuesday, July 18, 2023

TIPS BISNES ONLINE

Mulanya saya berjinak-jinak dengan perniagaan online ialah apabila saya teringin nak membeli cadar dan saya lihat harga belian pukal lebih murah; maka saya pun cuba tanya rakan2 jika ada yang nak membeli produk yang sama. Dan alhamdulillah jumlah order yang terkumpul membolehkan saya dapat harga pukal yang lebih murah daripada harga jualan biasa. 

Sejak itu saya seronok berniaga online dan mula berniaga bermacam-macam produk hinggalah sekarang. Berniaga online bukan sahaja berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. 

 

Bagi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ataupun ingin menjadi usahawan online,  saya kongsikan beberapa tips permulaan untuk mereka yang ingin berniaga secara online.



JIKA INGIN BERNIAGA  ONLINE, 

5 perkara yang perlu diambilkira:

  • Cari ilmu berniaga
  • Jual produk yang kita guna dan suka
  • Manfaat penggunaan platform ataupun media sosial 
  • Guna strategi pemasaran terbaik
  • Rajin berusaha dan bertanya

1. Cari Ilmu Berniaga

Perkara pertama paling penting dalam  berniaga online. 


Cari ilmu tentang :

-cara berniaga

-barang niaga

-bagaimana untuk berjaya

-market research


Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang ingin dijual. Carilah kelas atau kursus yang berkaitan untuk memperkuatkan diri . Jadilah pakar dalam bidang yang diceburi. Lebih banyak ilmu yang  diperolehi, lebih bersedia kita dalam menghadapi  cabaran yang datang dalam dunia perniagaan.


2. Jual Produk yg kita guna dan suka 


Jual produk yang kita suka, produk yang kita guna, produk yang kita arif mengenainya.  

Bila kita sendiri guna , kita tidak akan mudah patah semangat lebih-lebih lagi  gagal mendapatkan jualan. 


Jangan cepat putus asa kerana rezeki kita Allah dah jamin. 


3. Manfaatkan Platform Media Sosial


Zaman sudah berubah. Internet semestinya medium terbaik untuk memasarkan produk jualan. Dengan adanya internet, potensi jualan dapat dikembangkan ke seluruh dunia.

Laman sosial seperti Facebook, instagram, Twitter, blog, TikTok dan yang terbaru Thread menjadi platform untuk memasarkan produk. 


4. Guna Strategi Peniaga Online Yang Terbaik

  • ketahui kumpulan sasaran
  • rancang strategi pemasaran
  • pilih teknik pemasaran yang bersesuaian seperti hashtags, iklan dsbnya

5. Rajin Berusaha Dan Bertanya

  • sentiasa mencari peluang perniagaan. 
  • Rajin bertanya dengan orang yang lebih arif dan pakar dalam bisnes online
  • Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif 
  • Jangan mudah putus harapan
  • berniaga perlukan modal - mulakan dengan modal yang rendah.

Dan sebaik-baik manusia adalah yang dapat mengambil hikmah dari apa yang telah ia lakukan, lalu menatap hari esok yang lebih baik,


>>>>>>>boleh baca tips bisnes online selanjutnya>>>>>>>>



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS :Tips bisnes online

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

1) PRODUK SHAKLEE SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN  Tahukah anda, multivitamin pertama di dunia iaitu VITALIZED MINERALS dicipta oleh Dr. Forrest...