Pada 21 Disember 2019 kami sekeluarga travel ke Melbourne untuk melawat anak sulung yang belajar di sana. Dari Kuala Lumpur kami mendarat di Avalon, Melbourne Airport.
Bila mengembara saya pasti rasa seram sejuk untuk melalui pegawai imigresen di mana-mana negara pun.
Lebh-lebih lagi negara seperti Australia yang telah meletakkan rakyat Malaysia yang tertinggi dalam senarai 'red flag' mereka. Dan menjadi negara yang mengadakan banyak pantang larang untuk memasuki negara mereka.
Sebelum 'terbang', saya telah pastikan semua dokumen lengkap dibukukan:
- Tiket penerbangan pergi dan pulang
- Salinan passport dan visa.
- Aturcara perjalanan sepanjang berada di Australia, ke mana dan di mana akan pergi. Biarpun tak semua yang ditulis akan saya pergi, tetapi sekurangnya ada perancangan, kerana perjalanan tanpa perancangan ibarat perjalanan tanpa arah tuju.
- Salinan bukti tempahan kereta sewa dan rumah penginapan beserta alamat di setiap tempat yang kami akan pergi.
- Senarai makanan dan ubatan yang di bawa.
- Senarai nama dan nombor emergency untuk dihubungi.
- Salinan travel insurance perjalanan.
- Saya juga telah hantar email kepada kedutaan Malaysia di Melbourne memaklumkan tentang perjalanan kami.
- Segala mak nenek tips juga saya baca.
- Itinerary perjalanan juga saya check berulang kali.
Bak kata pepatah backpackers berpengalaman, nak redah biar berilmu, apa-apa jadi taklah buntu.
Walaupun ini kali kedua ke Australia namun ia pengalaman yang berbeza. Masih ada rasa cuak dalam diri.
Saya kongsikan sedikit tips travel dan persediaan untuk berhadapan dengan pegawai imigresen.
TIPS TRAVEL PERSEDIAAN BERHADAPAN DENGAN PEGAWAI IMIGRESEN
1. Selepas tidur berjam-jam, mata tentu merah dan mulut berbau. Pastikan cuci muka bagi segar sebelum ke kaunter imigresen. Pegawai imigresen pun senang menerima kunjungan kita.
2. Sentiasa tunjukkan muka yang ceria meria keria dan sopan ketika melangkah ke kaunter imigresen, ucapkan sepatah dua seperti ‘Hi Hallo morning’ sebelum mereka mula bertanya. Senyummmmm...
3. Berpakaian kemas selayaknya seperti pelancong.
4. Hanya perlu jawab soalan apa yang ditanya sahaja, tidak perlu beri jawapan sampai ke laut dalam
Antara soalan yang ditanya apabila melihat Arrival Card yang telah saya isikan:
Why do you tick Yes in this box?
What do you want to declare?
Are you guys together?
Are you coming for holiday?
Where are you staying?
Who is she?
Semua ok bab arrival namun sebelum ke pintu keluar ada lagi sekumpulan pegawai imigresen yang menunggu di tengah dan bertanyakan tentang makanan dari kapal terbang.
Walaupun saya aware tentang makanan dalam flight tidak boleh di bawa turun tetapi saya lakukan juga kerana sayang hendak buang 2 biji karipap yang tidak habis dimakan di dalam kapal terbang.
Saya tak makan karipap tersebut jadi kurang pasti ingredients di dalamnya dan tak baca pula apa yang tertulis di kotak.
So dah kantoi rupanya dalam karipap ada ayam. Setelah buat muka seposen dan cakap berulang kali sorry morry pegawai imigresen bagi warning dan lepaskan kami. Alhamdulillah.
5. Serlahkan wajah dengan penuh keyakinan, jangan buat muka cuak walaupun sebenarnya memang cuak. Kita hanya mahu pergi mengembara bukan nak langgar undang-undang.
Ubatan yang saya declare tanda yes, imigresen tak tengok pun. Dia cuma tanya ubat apa.
Begitulah pengalaman ketika di imigresen tempoh hari. Ujian tetap ada walaupun kita sudah bersedia. Hadapilah dengan tenang dan jangan kalut. Hidup adalah ujian.
Saya kongsikan sedikit gambar-gambar kenangan di Melbourne.
>>>>jom baca tips travel rakan saya>>>
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Fabulous2023
----
WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Wah. ada anak di melbourne. Moga dipermudahkan urusan di sana. Jemput singgah blog https://suplemenhebat.com/
ReplyDeleteAnak dah balik Malaysia. Ok i will. tq .
Delete