Monday, September 11, 2023

SET MENGANDUNG SHAKLEE

Kehamilan adalah satu pengalaman yang menyeronokkan walaupun ada masanya ia memenatkan. Pastinya pasangan yang akan menerima cahayamata yang baru akan berasa teruja dan membuat berbagai persiapan untuk keselesaan dan kesihatan ibu mengandung dan anak yang bakal lahir. Oleh itu sangat penting untuk wanita membina asas kehamilan yang sihat dengan pemakanan dan dibantu dengan vitamin dan suplemen tambahan untuk mendapat nutrisi lengkap sepanjang tempoh kehamilan.

Saya mencadangkan supaya SET MENGANDUNG SHAKLEE  menjadi salah satu keperluan wajib untuk ibu mengandung kerana set mengandung Shaklee ini adalah pilihan yang sangat popular di kalangan ibu-ibu mengandung di Malaysia. 

Kenapa Set Mengandung Shaklee menjadi pilihan ramai?

Set mengandung Shaklee ini memberi manfaat kepada ibu dan juga bayi di dalam kandungan.

Antara kebaikan set mengandung ini adalah : 

  • menguatkan rahim ibu
  • mengelak kencing manis semasa hamil
  • meningkatkan paras HB yang rendah 
  • mengawal berat badan supaya tidak naik mendadak 
  • mengurangkan risiko jangkitan penyakit kepada ibu 
  • menguatkan imun ibu dan anak (selepas kelahiran)
Oleh kerana Set Mengandung Shaklee ini lengkap dengan protein, vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan ibu sepanjang kehamilan, faedahnya boleh terus dinikmati oleh ibu dan bayi selepas bersalin juga. 

APA ADA DALAM SET MENGANDUNG SHAKLEE?

1) Energising Soy Protein (ESP)


Memberikan Tenaga Berterusan dengan Protein Tumbuhan

Makanan lazat yang kaya kalsium dan protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.


ESP dihasilkan daripada soya non-gmo, merupakan minuman protein soya yang sangat berkualiti tinggi dan selamat untuk diminum oleh ibu-ibu mengandung. 
Berikut adalah manfaat-manfaat ESP untuk ibu-ibu : 

  • mengenyangkan dalam tempoh yang lama
  • pilihan snek yang sihat dan tidak menggemukkan 
  • mengurangkan berlakunya stretch marks 
  • mengawal peningkatan berat badan 
  • mengelakkan masalah kurang berat badan
  • mengawal gula dalam darah 
  • mengelakkan masalah GDM (kencing manis ketika mengandung)
  • mengelakkan masalah sembelit 
  • menghilangkan lenguh-lenguh badan 


2) Vita-Lea Iron Plus (Multivitamin & Multimineral)


Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.


Antara kebaikan Vita-Lize untuk ibu-ibu ialah : 

  • mengekalkan paras HB yang sihat sepanjang kehamilan
  • mengelakkan masalah "craving" yang melampau 
  • mencukupkan zat harian ibu 
  • mengekalkan tekanan darah yang sihat
  • mengurangkan masalah sakit kepala dan mual 
  • memberi tenaga kepada ibu sepanjang hari 
  • mengawal paras gula dalam darah
  • mengelakkan masalah GDM (kencing manis ketika mengandung)

3) B-Complex with Folic Acid

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda. Suplemen penting untuk ibu-ibu mengandung amalkan bagi memastikan perkembangan janin berjalan lancar. Wanita yang merancang untuk hamil mesti mengamalkan B Complex sebelum hamil lagi. 


Antara kebaikan B-Complex ialah : 

  • membantu perkembangan saraf bayi dalam kandungan 
  • mengawal tekanan emosi ibu hamil 
  • mengawal paras gula dalam darah 
  • mengelakkan masalah GDM (kencing manis ketika mengandung)

4) Ostenutrix

Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.


Untuk ibu-ibu mengandung,  Ostenutrix adalah wajib untuk diamalkan setiap hari kerana kebaikan seperti : 

  • mengurangkan masalah sembelit
  • mengelakkan masalah kejang otot 
  • tidur lebih lena 
  • menghilangkan lenguh-lenguh badan 
  • mengurangkan tekanan perasaan 
  • menguatkan tulang dan gigi 
  • mengelakkan serangan sakit kepala 

Berita baik untuk semua ibu-ibu mengandung, kali ini Shaklee menyediakan Set Mengandung Shaklee bersama-sama produk hebat Tanamera,

  • Embun Smooth Tummy Oil 
  • Embun Relaxing Magnesium Oil

Bersama-sama nutrisi lengkap dalam 4 jenis supplement, ibu-ibu boleh memanjakan diri dengan produk Tanamera yang berkualiti tinggi. 






Pelbagai TESTIMONI dikongsi oleh mereka yang mengamalkan SET MENGANDUNG SHAKLEE






Sewaktu wanita hamil, sebenarnya saat itulah wanita perlukan nutrisi yang optimum dan kadang kala tidak boleh didapati daripada makanan yang kita makan. Jadi suplemen merupakan solusi terbaik dan mudah untuk dapatkan segala nutrisi yang diperlukan oleh wanita mengandung. Tetapi pastikan ianya suplemen yang selamat dan semulajadi seperti Shaklee.


Ingin cuba Set Mengandung Shaklee, jangan segan hubungi saya. 

----->>>>> wanita mengandung <<<<<<------------

#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NextLevelBlogging

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS : set MENGANDUNG shaklee , wanira mengandung








Sunday, September 3, 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG - PEMAKANAN SEMASA HAMIL

Salah satu impian bagi pasangan yang baru berkahwin adalah memiliki zuriat. Dan fasa mengandung adalah antara fasa yang ditungu-tunggu oleh setiap wanita yang telah bergelar isteri. Ia merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Pengalaman ibu hamil merupakan pengalaman yang indah , walaupun adakalanya hadir dengan beberapa cabaran yang kurang menyenangkan seperti rasa mual, loya , bengkak kaki dan naik berat badan. 

Wanita hamil perlu sentiasa mendapatkan nasihat doktor, menjaga pemakanan, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengikut panduan kehamilan dari doktor dan pembacaan dari sumber yang dipercayai. Wanita hamil perlu mengambil berat penjagaan awal kehamilan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Ibu hamil perlu mengetahui nutrisi-nutrisi penting dan amalan pemakanan sihat bagi menyokong kehamilannya. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi. Ini kerana ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil berhadapan risiko 3X ganda melahirkan bayi kurang berat badan dan saya sendiri telah melaluinya.

Ketika mengandung anak pertama 26 tahun yang lalu saya tidak mengalami pertambahan berat badan yang banyak. Apabila melalui kehamilan kali pertama sememangnya banyak perkara yang saya tidak arif dan tidak tahu, lebih-lebih lagi tentang pemakanan yang bagus untuk ibu hamil. Apabila kehamilan saya cukup 37 minggu, berat badan saya hanya naik sebanyak 5 kilogram. Bayi saya lahir cepat sebulan dengan berat 2.2 kilogram. Alhamdulillah, anak saya lahir sihat walaupun kurus, hanya kulit dan tulang!

Peningkatan berat badan yang tidak mengikuti saranan Kementerian Kesihatan Malaysiam akan menjejaskan kesihatan kepada ibu dan kandungannya. Menurut Pakar Dietetik, ibu hamil harus memberikan tumpuan kepada fasa pertama atau trimester pertama kerana dalam waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat.



Mengapa ibu mengandung perlu makan dengan baik?

  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat.
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil : 

           - Jika kurang berat badan, perlu menambah berat antara 12-18 kg.

            - jika berat badan normal, tambah berat antara 11-16 kg

            - jika berat berlebihan, tambah berat 7-11 kg

            - jika kandungan kembar, tambah berat 16-20 kg

Apakah jenis makanan yang perlu ibu hamil makan?

Makanan ini juga memberi tenaga dan mengelak keletihan ketika hamil

1. Daging tanpa lemak dan daging ayam


Daging adalah sumber protein berkualiti tinggi. 

Seeloknya, cari daging tanpa lemak.

Elakkan makan daging diproses seperti burger atau sosej :

  • kurang segar 
  • cenderung kehilangan nutrisi yang baik. 
  • ada risiko menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama.
Daging ayam juga sumber protin tinggi yang dapat membekalkan asid amino yang sangat penting untuk perkembangan tulang dan otot.

2. Kekacang dan bijian


Kekacang dan bijian seperti kuaci, badam, pistachio dan walnut mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan lebih cekap seperti folat, kalsium, serat, dan besi. Seeloknya, cari kekacang daripada sumber asli yang tidak bergaram dan berperisa.


Selain itu, minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping membantu menangani stres ketika hamil.


3. Sayuran berdaun hijau


Ambil sayuran berwarna hijau tua. 


Bayam terutama sarat vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C dan K serta folat yang sangat penting untuk tubuh. 


Brokoli sangat kaya dengan antioksidan dan juga nutrien lain seperti Vitamin a, Vitamin C, dan zat besi. mengambil brokoli juga dapat mengelakkan masalah seperti sembelit, kencing kotor dan keputihan bagi ibu mengandung.


Sayuran juga membantu meregulasikan sistem pencernaan agar semua toksin dapat disingkirkan daripada badan.


4. Buah aneka warna


Makanan untuk ibu hamil dari pelbagai sumber warna seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih bagi memastikan bayi mendapat pelbagai nutrisi.

Setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh.


Buah beri pilihan bagus untuk ibu mengandung. Ia kaya dengan vitamin C, kandungan air, karbohidrat sihat dan antioksida.Ia juga dapat meningkatkan kelawasan serta detoks badan.Buah beri juga tidak meningkatkan kadar gula darah tubuh dengan mendadak kerana ia mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah.


Pisang juga bagus untuk ibu hamil. Boleh mengenyangkan untuk tempoh yang lama supaya kekal bertenaga. kandungan potasium pisang yang tinggi juga penting kerana ia dapat mengawal tekanan darah ibu hamil dan mengurangkan keletihan.


5. Kurma


Makanan sunnah yang terbukti secara saintifik memberi tenaga kepada ibu hamil. 

Ia juga berfungsi membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah serta merawat sembelit.

Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung. 

Namun harus diambil dalam jumlah yang disyorkan sahaja.


6. Susu dan makanan berkalsium tinggi


Susu sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh berasa letih, tidak sihat dan berisiko mengalami anemia (kekurangan darah).

Bagi yang alah dengan susu mereka boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju, dan dadih. Semua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium yang tidak kurang banyaknya berbanding susu.


7. Air kosong

Air kosong berfungsi untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh. 

Ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering berlaku ketika hamil. 

Selama kehamilan, anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari.


8. Ikan 


Sumber protin, zinc dan zat besi yang sangat penting untuk proses perkembangan bayi di dalam kandungan. 


Ikan salmon sangat bagus untuk ibu hamil kerana kandungan asid lemak omega 3 yang dapat membantu tingkatkan IQ bayi.


Ada juga ikan yang tidak sesuai dimakan oleh ibu hamil seperti tenggiri, todak dan yu kerana kadar merkuri yang tinggi.


9. Ubi keledek


Sumber beta-karotin yang bagus. Beta -karotin  ialah sejenis nutrien daripada tumbuhan dan akan bertukar kepada vitamin A setelah ia masuk ke dalam tubuh badan. Ibu mengandung perlukan 10-0 peratus kadar vitamin A bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.


10) Telur


Sumber lemak dan protin yang berkualiti tinggi serta mengandungi lebih 70 kalori.

Telur makanan penting ibu hamil kerana ia mengandungi kolin yang berperanan dalam proses penumbuhan badan ibu dan kandungan.


Apakah jenis makanan yang perlu dielakkan semasa hamil?

  • Makanan yang diproses tinggi yang kaya dengan lemak tepu, gula tambahan, atau natrium
  • Alkohol
  • Kafein
  • Daging mentah atau makanan laut seperti sashimi
  • Daging diproses yang tidak dimasak
  • Produk tenusu yang tidak dipasteurisasi
  • Makanan pedas
  • Makanan berlemak yang digoreng
Kesimpulannya, pemakanan yang baik bersama vitamin untuk ibu hamil dapat memastikan kandungan mendapat nutrien diperlukan untuk proses tumbesaran.
  • Pelan pemakanan seimbang perlu mengandungi;
  • protein
  • karbohidrat kompleks
  • lemak sihat
  • vitamin dan mineral
  • serat dan cecair

Pola pemakanan kehamilan yang sihat ini tidaklah begitu berbeza dengan diet harian biasa cuma, wanita hamil memerlukan jumpah yang lebih banyak untuk mengimbangi semua fungsi tubuh serta keperluan tambahan bayi dalam kandungan.

>>>>>> Keperluan Wanita Mengandung>>>>>>


#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#NextLevelBlogging

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS : keperluan wanita mengandung







MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

1) PRODUK SHAKLEE SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN  Tahukah anda, multivitamin pertama di dunia iaitu VITALIZED MINERALS dicipta oleh Dr. Forrest...