Tuesday, August 1, 2023

MANFAAT VITAMIN E UNTUK RAMBUT GUGUR

Rambut mahkota wanita, begitulah kata pepatah.

Jika ingin rambut yang sihat, penjagaan rapi dan perawatan rambut tidak harus dipandang remeh, lebih-lebih lagi jika berhijab.

Jika tidak dijaga sebaiknya, wanita akan menghadapi masalah-masalah rambut seperti kelemumur, gatal-gatal kulit kepala, rambut kering, rambut berminyak, rambut bercabang dan paling merisaukan sekali apabila rambut banyak gugur.

Secara purata, kulit kepala manusia mempunyai 100,000 hingga 150,000 folikel rambut. Biasanya kita akan keguguran lebih kurang 100 helai rambut setiap hari.

Apabila usia meningkat, pertumbuhan rambut mula menjadi perlahan, dan sekiranya kita sentiasa keguguran lebih daripada 100 helai rambut sehari, ianya memang menakutkan.

PUNCA MASALAH RAMBUT GUGUR

3 sebab utama ramai orang mengalami masalah rambut gugur: 


1- Hormon tak stabil. Bagi wanita ia dikaitkan dengan kehamilan, bersalin, putus haid, dan pengambilan pil perancang. Bagi lelaki yang ada masalah hormon tiroid juga boleh mengalami masalah rambut gugur. 


2- Kurang vitamin yang penting kepada rambut seperti vitamin E,  biotin, vitamin B6, B12, dan zink. 


3- Produk yang tidak sesuai juga menyebabkan rambut gugur, terutama jika terlalu kerap bertukar syampu. 

Sebagai seorang wanita, saya juga tidak terkecuali dari menghadapi masalah yang sama. Pada satu ketika saya pernah mengadu dengan emak saya tentang masalah rambut gugur. Tahu apa emak saya jawab?

Sambil menarik-narik rambutnya emak berkata, "Makan Vitamin E. Dulu mak selalu makan vitamin E..tengok ni rambut mak...mana ada gugur."

Rambut emak ketika itu masih nampak hitam lebat dan berkilat walaupun sudah berusia 50an. Ada uban tetapi tak banyak dan amazingly tak banyak gugur. Memang tak banyak jumpa rambut di lantai rumah emak.

Saya biasa dengar Vitamin E bagus untuk kulit, tetap baru tahu bahawa Vitamin E juga bagus untuk rambut.


MANFAAT VITAMIN E UNTUK RAMBUT

Sifat antioksidan yang ada di dalam Vitamin E bukan hanya bagus untuk kulit tetapi ia juga sangat baik untuk menyihatkan kulit kepala, meransang pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat, memperbaiki struktur pada rambut, dan sangat efektif untuk mencegah rambut gugur.


1) Mencegah rambut gugur


Penyelidikan dari Tropical Life Sciences Research mendapati bahawa suplemen vitamin E meningkatkan pertumbuhan rambut pada mereka yang mengalami keguguran. Sifat antioksidan Vitamin E membantu mengurangi stress oksidatif di kulit kepala yang menjadi penyebab rambut gugur. 


2) Melancarkan peredaran darah di kulit kepala. 


Vitamin E membantu meningkatkan pengaliran darah di kulit kepala. Kulit kepala mendapat oksigen yang cukup dan membantu akar rambut menerima banyak oksigen, menjadikannya lebih subur dan rambut tidak gugur.


Peredaran darah yang baik menggalakkan pengeluaran sebum dan mengekalkan pH. 


3) Mengurangkan inflamasi dan mengembalikan folikel (lubang kecil tempat tumbuh rambut) yang rosak. 


Kesihatan folikel mempengaruhi pertumbuhan rambut. Kandungan antioksidan di dalam Vitamin E dapat mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh. 


4) Mengimbangkan pengeluaran minyak di kulit kepala


Vitamin E penting sebagai lapisan pelindung membantu mengunci kelembapan pada permukaan kulit kepala, mengurangkan kerosakan dan mengurangkan penipisan rambut, menghasilkan rambut yang tebal dan sihat.


BAGAIMANA MEMANFAATKAN VITAMIN E UNTUK RAMBUT


1) Mengamalkan mengambil suplemen Vitamin E


Makan suplemen Vitamin E secara konsisten untuk memenuhi keperluan Vitamin E kita. Bagus untuk orang yang tidak suka makan sayuran hijau atau kurang mengambil makanan dari sumber Vitamin E lainnya.


Satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Sains Malaysia mendapati mereka yang mengalami keguguran rambut berjaya meningkatkan pertumbuhan semula rambut sebanyak 34.5% selepas mengambil makanan tambahan Vitamin E selama 8 bulan.


2) Mengurut kulit kepala menggunakan minyak Vitamin E


Rambut akan jadi lembap, lembut dan berkilau.


3) Menggunakan masker rambut dari bahan semulajadi.

 

Masker rambut berfungsi menenangkan rambut dan merawat kulit kepala. 

Boleh beli masker rambut yang dijual di kedai2 atau boleh juga buat sendiri mengikut ramuan di bawah:

  • 1 biji avokado
  • 1 biji pisang
  • 1 sudu makan minyak avokado
  • 1 sudu minyak kelapa
  • 1 sudu madu
4) Menggunakan syampu dan conditioner yang tepat.

Kandungan minyak argan, Soy milk protein dan Vitamin E dapat membuat rambut menjadi lebih halus, memperbaiki folikel rambut dan meransang pertumbuhan rambut yang lebih sihat. 


KEKURANGAN ZAT MAKANAN BIASANYA DIKAITKAN DENGAN KEGUGURAN RAMBUT. 


Selain daripada mengamalkan suplemen Vitamin E, kita juga disarankan menambah Zat yang tersebut dibawah untuk membantu kita mendapatkan nutrisi yang tepat dalam mengatasi keguguran rambut :

1) Vitamin A - bagus untuk pertumbuhan sel baru termasuk rambut (tisu yang paling cepat tumbuh dalam tubuh manusia)

2) Vitamin B Kompleks - menguatkan folikel rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Asid folik dalam B Kompleks menjadikan rambut lebih lebat dan berkilat.

3) Biotin(Vitamin H) yang merupakan sebahagian dari B Kompleks terbukti untuk mengelakkan keguguran rambut. Ia juga berupaya mencegah uban.

4) Vitamin C - Tubuh memerlukan Vitamin C untuk mencipta protein yang dikenali sebagai kolagen - bahagian penting dalam struktur rambut.

5) Vitamin D - Tahap vitamin D rendah dikatkan dengan alopecia (keguguran rambut). Penyelidikan juga menunjukkan bahawa Vitamin D boleh membantu mencipta folikel baru. Vitamin D juga memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut.

6) Omega 3 - Menyubur, melindungi rambut dan membantu pertumbuhan semula rambut. 

7) Zat besi (iron) - Membantu sel darah merah membawa oksigen ke sel. Mineral penting untuk banyak fungsi badan termasuk pertumbuhabn rambut. 

8) Zink - Kekurangan zink boleh menyebabkan keguguran rambut.

9) protein - elak rambut rapuh dan putus.

Apabila tahu kepentingan Vitamin E untuk rambut, saya mula mengamalkan Vitamin E Shaklee kerana bagi saya dengan merangsang Vitamin tertentu melalui suplemen adalah cara yang baik untuk terus memastikan saya mendapat rambut yang sihat.

Sebiji Vitamin E 400 IU Shaklee bersamaan; 

1 kg benih gandum

500 ml minyak safflower

8 kg bayam

500 gm badam 

.....dan saya tak mampu untuk makan sebanyak itu.

Vitamin E Shaklee juga mengandungi 65 mcg Selenium dan 38 mg ekstrak biji anggur .



Keistimewaan Estrak biji anggur dalam Vitamin E shaklee :

  • mengandungi Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang lebih tulin
  • OPC adalah 50 kali lebih kuat dari vitamin E dan 20 kali lebih kuat dari vitamin C
  • ekstrak biji anggur juga kaya protein yang akan membina kolagen di dlm badan untuk kulit lebih sihat, muda & anjal.

Menurut hasil penyelidikan di Jepun, peranan OPC dalam biji anggur bukan sahaja menghalang keguguran rambut tetapi dalam masa yang sama merangsang pertumbuhan sel-sel rambut.

Semoga lebih banyak lagi kajian yang dilakukan oleh saintis dalam menentukan peranan Vitamin E untuk kesihatan rambut.

>>VITAMIN E UTK FUNGSI SEJATI LELAKI >>

TESTIMONI 

Bagaimana Nak Dapatkan Vitamin E Shaklee ?

Hubungi saya dengan klik wasap di bawah untuk saya bantu mendapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. 


#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#NextLevelBlogging

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS : vitamin E








No comments:

Post a Comment

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

1) PRODUK SHAKLEE SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN  Tahukah anda, multivitamin pertama di dunia iaitu VITALIZED MINERALS dicipta oleh Dr. Forrest...