Friday, June 9, 2023

TESTIMONI SHAKLEE - RESDUNG

Teringat dulu sebelum saya mengamalkan produk Shaklee, saya selalu rasa gatal merenyam di bahagian muka, mata, telinga dan hidung. Bila salah makan, mulalah menjadi-jadi gatal tersebut. Saya juga tak suka bila saya berpeluh. Bila berpeluh saya akan rasa gatal-gatal terutama pada bahagian muka. Lebih-lebih lagi apabila rambut terkena pada bahagian muka terus merenyam muka dan rasa tak selesa. Bukan itu sahaja kadang-kadang seperti terkena flu dan keluar lendir daripada hidung yang seperti berasid. Lelehan air itu terasa gatal dan merosakkan kulit di lubang hidung. Terjadi seperti melepuh dan jika saya terus menerus mengelap akan menyebabkan luka. Mungkin sudah terkena jangkitan sinus.

                                              Terpaksa tutup sebahagian muka keranna bawah hidung melepuh.

Ada satu ketika saya terpaksa berpurdah sebab bawah hidung saya luka teruk, gatal, melepuh dan menjadi hitam bila mengering. Nak keluar rumah pun segan. 2,3 kali juga terjadi perkara sama. Saya menjadi sangat berhati-hati apabila kena flu. Selalu sangat menghadapi ketidakselesaan disebabkan masalah resdung.

Setelah berulang kali hidung saya menjadi gatal-gatal, berair dan kerap bersin,barulah dapat saya kenal pasti puncanya;
  • Bila berada di persekitaran yang berdebu dan kurang bersih.
  • Selepas makan daging dan makanan salai. Rupanya alah kepada makanan tersebut.
Bila dah teruk sangat, sakit kepala dan sampai rasa nak demam, saya cuba atasi dengan lakukan 3 perkara di bawah:

1) Wapkan muka dengan air panas. Melegakan hanya sementara hidung yg sumbat dan gatal-gatal hilang seketika. 

2) Hisap rokok gudang garam. Hahaha.. Ada pulak yang jadi tukang beli . Sebenarnya tak pandai hisap dan hembus ikut hidung pun. 

3) Buat rawatan resdung di spa. Bukan bertambah baik , menjadi semakin teruk. Selepas rawatan resdung, asapkan muka dengan kain di spa, naik ruam satu muka. Terpaksa pula pegi ke klinik ambil ubat alergi. 

Selepas tu saya tak berani untuk buat rawatan resdung di spa lagi.

Tahun 2015 saya berkenalan dengan seorang Master Shaklee dan daripada beliaulah saya mula mendengar tentang kebaikan produk Shaklee. Namun 2017 baru saya mula mencuba membeli produk dengan bantuan Puteri.


2017 Pertama kali beli Shaklee. Lokasi pagar sekolah Al amin.


Puteri sarankan saya ambil Vitamin C, Alfalfa dan B Complex untuk atasi resdung saya. 


Alfalfa Complex - kaya dengan sumber klorofil - sangat membantu mengurangkan keradangan daripada alergi, gegata dan resdung.


B Complex - memelihara selaput lendir agar sentiasa sihat, dan bertindak sebagai anti-stress. Menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi dengan mengurangkan sakit di bahagian muka apabila resdung menyerang.


Vitamin C - berfungsi sebagai anti oksida yang baik, menguatkan antibodi dan daya tahan terhadap serangan penyakit, mempercepatkan proses penyembuhan tisu dan memastikan proses pemuliharan tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna. 



Alhamdulilah, bila dah amalkan secara konsisten selama sebulan, hidung saya dah berhenti keluarkan lendir, radang di sinus juga sudah hampir tiada. Alhamdulillah pulih dan bebas jangkitan kuman. Bila berpeluh tiada lagi gatal-gatal atau merenyam. Tiada lagi masalah resdung yang kronik.


Saya juga mula belajar tentang detox untuk membuang toksin dari dalam badan dan menjaga kesihatan tubuh badan agar kekal sihat.


Jika ada yang menghadapi masalah sama, jangan berlengah untuk atasi masalah anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi, bebas dadah dan berkesan. Hakikatnya jika penyakit resdung ini dibiarkan ia akan melarat menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak.


Sejak itu saya terus amalkan makan produk Shaklee sehingga sekarang. Boleh hubungi saya untuk konsultasi percuma.


Semoga perkongsian ini dapat membantu ramai orang dengan masalah yang sama dan Semoga saya dapat hadiah istimewa tajaan

www.anakkuwira.com


Baca Testimoni Shaklee tentang Gastrik


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS :testimoni shaklee








No comments:

Post a Comment

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

1) PRODUK SHAKLEE SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN  Tahukah anda, multivitamin pertama di dunia iaitu VITALIZED MINERALS dicipta oleh Dr. Forrest...