Sejak selalu mengikut suami ride, saya menjadi bertambah risau dengan keadaan kulit muka saya. Maklumlah apabila selalu terdedah kepada cahaya matahari akan memberi kesan kepada kulit. Tambahan pula kulit saya jenis sensitif, mudah sunburn apabila terkena cahaya matahari. Tompok-tompok jeragat sudah mula kelihatan di awal usia 40an,
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna asal kulit dan menyebabkan rona kulit tidak sekata. Jeragat tidak merbahaya, ia muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan. Melanin yang dihasilkan oleh sel kulit disebut melanosit (berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran matahari dengan menyerap dan memantulkan cahaya uv. Melanin ini bertanggungjawab dalam proses pigmentasi.
Walaupun tidak merbahaya, jeragat menyebabkan kita rasa gelisah dan hilang keyakinan diri.
PUNCA JERAGAT1 TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI
Sinaran matahari mengeluarkan 3 jenis sinaran Ultraviolet (UV) iaitu :
Ultraviolet A
- Cahaya yang paling banyak dalam matahari
- Ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah.
- Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung. Boleh menyebabkan masalah kulit kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk kanser kulit.
Ultraviolet B
- Cahaya ini adalah kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon.
- Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.
Ultraviolet C
- Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan diserap oleh lapisan ozon.
2 PERUBAHAN HORMON/ RAWATAN HORMON
Salah satu punca terjadinya jeragat yang amat jelas diperkatakan adalah pengambilan pil perancang kehamilan walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat.
3 PENGGUNAAN KOSMETIK
Jeragat terjadi disebabkan oleh penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.
4 FAKTOR KETURUNAN
Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.
PETUA HILANGKAN JERAGAT SECARA TRADISIONAL
1) Perahan Jus Lemon atau Hirisan Lemon.
Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.
Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.
2) Aloe Vera
Ia amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan selaran matahari. Aloe vera juga boleh memastikan kulit kekal hidrat! Gel aloe vera boleh didapati di kedai atau gunakan ekstraknya terus dari daun.
Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efekif untuk melawan pigmentasi kulit. Malah, ia telah menjadi salah satu rawatan tradisional yang digunakan secara turun-temurun untuk hilangkan jeragat.
Sapukan alor vera pada kawasan berjeragat selama 15 minit. Kemudian, basuh dengan air sejuk. Lakukannya setiap hari untuk keputusan yang terbaik.
3) Serbuk Kunyit
Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.
Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang diingini. Kemudian, tunggu sehingga ia kering.
Amalkan tip ini seminggu sekali.
Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.
Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.
Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.
Air rendaman teh hijau tadi bolehlah diminum.
5) Serbuk Oat
Serbuk oat bukan sahaja bermanfaat untuk dijadikan masker, ia juga merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat di muka secara tradisional.
Cuba campurkan sesudu oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian, sapukan sebatian ini pada wajah anda.
Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat.
Malah, sifat antiradang serta kandungan antioksidannya yang tinggi juga dapat membantu merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.
CARA MODEN HILANGKAN JERAGAT DENGAN 4 BAHAN UTAMA.
1) Retinoid
Merupakan sebatian kimia yang berkait rapat dengan vitamin A. Ia membantu memudarkan hiperpigmentasi dan jeragat.
Dalam masa yang sama ia membantu mengurangkan perkembangan melanin, mengembalikan ketegangan kulit sambil menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada muka.
2) Antioksidan
Membantu melindungi permukaan kulit kerosakan oksidatif disebabkan oleh radikal bebas dan pencemaran.
3) Vitamin C
Agen pencerahan kulit yang membantu dalam memudarkan bintik gelap dan merawat jeragat.
4) Niacinamide
Gabungan niacinamide dan vitamin C dapat mencegah pembentukan pigmen, penting dalam mencegah punca jeragat
5) Kolagen
Kulit yang kekurangan kolagen akan mudah mengendur dan nampak lebih kusam. Ini tandanya kulit kita lemah dan tak mampu menahan serangan luar yang menyebabkan jeragat. Jeragat dan kulit kusam menghilangkan seri di wajah menjadikan kita kelihatan lebih berusia dari umur sebenar.
Pengambilan kolagen secara oral (makan/minum) akan mempercepatkan kesan menghilangkan jeragat di wajah. Tompok-tompok jeragat yang hitam akan segera pudar dan jeragat degil dapat dihilangkan. Kulit tanpa jeragat adalah kulit yang lebih sihat dan cantik serta berseri.
TIPS PENJAGAAN KULIT DARI JERAGAT
Oleh kerana saya mahukan penjagaan kulit yang mudah dan ringkas, maka saya memilih untuk mengatasi masalah kulit saya dengan rangkaian dari produk Shaklee. Rawatan dari dalam dan juga luaran.
Kecantikan kulit terbina dari dalam dan perlukan diet yang sesuai dengan keperluan tubuh badan. Jika mahu kulit yang bebas jerawat dan jeragat, kurangkan atau sebaiknya elakkan makan gula putih. Banyakkan minum air putih dan elakkan minuman berkafein kerana kafein dehidrasikan kulit membuatkan kulit jadi kusam, berkedut dan gelebeh. Elakkan juga makan makanan terproses dan kurangkan tenusu. Jika diambil berlebihan akan memburukkan kondisi kulit.
Ambil vitamin dan suplemen untuk membantu mencantikkan kulit ,
1) Carotomix - Selain menjadi vitamin untuk kesihatan mata ia juga mengandungi Vitamin A yang bagus untuk kulit.
2) Sustained Released Vita-C Plus Shaklee - Vitamin C bagus untuk kulit.
3) Energy Soy Protein Shaklee - Niacinamide (gabungan dari 3 komponen asid amino, cysteine, glycine dan glutamine) . Niacinamide juga dikenali sebagai Vitamin B3 iaitu vitamin yang mudah larut dalam air.
4) Kolagen Powder Shaklee - Kolagen bantu kulit untuk kelihatan lebih anjal dan tegang. Membantu menghilangkan jeragat.
5) ResV dan Vivix Shaklee - kaya dengan antioksidan yang sangat penting dalam membantu melambatkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, bintik hitam, jerawat dan jeragat. Antioksidan penting untuk membaiki dan memulihkan sel-sel kulit mati atau rosak. Apabila sel kulit lama diperbaharui, kulit akan jadi cantik, bersih dan berseri.
Pendedahan kepada sinaran UV yang berpanjangan boleh menyebabkan kesan kesihatan yang akut dan kronik pada kulit, mata dan sistem imun.
Selain dari ambil suplemen dan vitamin untuk penjagaan dalaman, saya guna Youth untuk penjagaan luaran.
Youth Skincare By Shaklee
Kajian klinikal mendapati Youth Skincare dapat menambahbaik kulit;
- Mengecilkan liang pori
- Mengurangkan kedutan dan garis halus
- Sekatakan tona kulit
- Perbaiki tekstur kulit
- Tambah seri pada kulit
- Anjalkan kulit
- Pigmentasi
- Ketegangan kulit
Produk Youth Skincare Shaklee Untuk Baiki Kulit :
1) Youth Luminious Gel Oil Cleanser
Youth Gel Oil Cleanser adalah pencuci muka tanpa sabun, mempunya pH seimbang dan boleh berfungsi sebagai make-up remover.
2) Youth Perfecting Skin Toner
Toner Youth bukan saja membersih, tapi memberikan nutrisi kepada kulit dengan kandungan muscadine grapes.
Untuk kulit muka yang ada blackhead atau whitehead, sapu ke bahagian muka yang terjejas, terus hilang tanpa kesan. Untuk jerawat, sapu dengan kapas yang sudah ada titisan Youth toner kemudian biarkan sebentar, jerawat akan kecut dengan cepat.
3) Youth Activating Serum
Serum Youth mengandungi bahan-bahan yang sangat berkuasa untuk merubah kulit menjadi lebih sihat dan nampak lebih muda. Ia diformulasi dengan 10x ganda Youth Complex yang berkuasa10x ganda untuk baiki dan bantu kulit hasilkan sel kulit baru yang lebih sihat.
Disebabkan kepekatan kandungan bahan aktif sangat tinggi dalam Youth serum, hanya 1 pam sahaja sudah memadai untuk kegunaan seluruh muka. Serum Youth adalah antara item yang penting untuk baiki kulit.
4) Youth Moisturizer dengan SPF 50
Youth Moisturizer atau pelembap muka skincare Shaklee yang dilengkapi dengan pelindung ultraviolet (UV) SPF50 memang wajib untuk kulit muka yang sihat dan dilindungi. Bersifat water-based sangat sesuai untuk kulit kering atau berminyak,
Kulit semakin pulih dan sangat lembut. Tiada lagi masalah kulit yang menggelupas.
5) Youth Renewal Night Cream
Youth Renewal Night Cream atau krim malam skincare Shaklee yang diformula untuk memperbaharui kulit dengan lebih berkesan sewaktu kita tidur setiap malam. Terdapat dua jenis iaitu light dan rich (ada jojoba oil dan shea butter).
6) Youth Radiance C+E
Hasil konsisten dengan Youth Radiance c + e sangat membantu pudarkan kawasan kulit muka yang berjeragat.
Dengan 20% vitamin C dan vitamin E serta ekstrak raspberry, ia sangat berkesan untuk buat kulit lebih tegang, hilang jeragat dan parut degil. Fungsi Youth Skincare Shaklee untuk beri nutrisi pada kulit. Sebab itu ia sesuai untuk semua jenis kulit.
Ada 60 kapsul emas dalam setiap bekas.
Kalau kulit berkedut dan jeragat, memang sangat disarankan untuk menggunakan Youth Radiance C&E dua atau tiga kali seminggu.
Jom Dapatkan Shaklee Untuk Atasi Masalah Jeragat Anda Sekarang!
Boleh baca lagi petua hilangkan jeragat
Boleh klik wasap di bawah untuk konsultasi selanjutnya.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Fabulous2023
----
WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
No comments:
Post a Comment