Ya, Allah ajar marketing dalam AlQuran.
Untuk menjadi seorang Pegawai Pemasaran yg terbaik, wajiblah ikut modul yg terbaik.
Modul yg terbaik hanya ada di dalam AlQuran
Modul terbaik dibawa oleh manusia terbaik yg mempunyai sifat-sifat terbaik yg harus kita contohi ~ siddiq (benar), amanah ( dipercayai) dan fathonah( bijaksana).
Kita tidak mampu mempengaruhi orang lain. Hanya Allah yg mengawal hati dan pemikiran manusia.
Perkara yg paling penting dalam marketing ialah mempunyai visi yg jelas iaitu ikhlas kerana Allah dan mengikut peraturan AlQuran.
Strategi yg kita patut ikuti untuk menjadi seorang marketer;
1) taawuz - supaya Allah sentiasa letak kita dalam kebaikan.
2) basmalah - mindset buat kerana Allah untuk cari redha Allah
3) mohon kekuatan Allah (لا حول ولا قوة إلا بالله)- puji Allah dan rendah diri kepada Allah (kita hanyalah hamba)
4) mohon petunjuk dari Allah. Doa semoga semua keputusan yg kita buat mendapat petunjuk dari Allah.
Saya suka baca doa dari surah Al Baqarah ayat 2 dan baca doa dari Rasulullah.
"Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
(2:32)
Doa
"Ya Allah, dengan rahmat-Mu, aku berharap, janganlah Engkau sandarkan urusanku pada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku seluruhnya, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau."
5) Sentiasa perbaiki diri dengan belajar AlQuran. (2:195)
Hari ini kita berpakaian dan bawa kereta mahal untuk tunjuk imej diri dalam marketing untuk menunjukkan bahawa produk kita hebat.
Allah kata dalam marketing, imej diri yg paling baik sekali ialah akhlak.
Allah yg hantar customers. Sebab itu Allah kata imej diri yang terbaik ialah imej taqwa. (Al Araf 7:26)
Orang yang terbaik akan sentiasa memperbaiki diri di samping mempengaruhi orang lain untuk tingkatkan kualiti diri. ❤
#DewiShare
#marketing
#cintaAlQuran
No comments:
Post a Comment