Friday, June 2, 2023

KATA-KATA MOTIVASI



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allah Subhanahu wata’ala berfirman:


وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ


“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut 29:69).


Bila rasa sedih, rasa down saya selalu baca ayat ni banyak-banyak kali.


Ayat ini sebagai pemberi semangat supaya kurang rasa lelah penat melawan hawa nafsu, melawan syaitoniirojim.


Perkataan جَاهَدُوا = جَهَدَ = jihad .


Jihad bukan hanya bermaksud perang mengangkat senjata tetapi jihad juga bermaksud perang harian kita (perang hawa, perang nak pilih perkataan yang baik dalam hati 💓) meninggalkan apa yang hawa suka untuk buat apa yg Allah suka. 


Orang yang berusaha menunduk rasa dalam hati ❤️ kerana nak ikut peraturan Allah (jaga mindset fokus taat Allah) nanti Allah akan bagi energi untuk ringan melaksanakan amal soleh. 


29:69 = mujahadun nafs

(Jihad dlm diri)

Jahadu = sungguh sungguh berusaha menuju fokus /apa yg dituju


Nak bahagia = jaga mindset, jaga iman di ❤️


Buat sesuatu kerana Allah, Allah akan bantu, tunjuk jalan dan bersama-sama dengan orang yang melakukan kebaikan. InsyaAllah. 

JIHAD bukan perang semata. Jihad terhadap diri sendiri itu lebih besar dan sukar.


Dalam satu hadis, sekembalinya Nabi SAW dari medan perang, Baginda bersabda;


“Kamu telah kembali dari medan jihad yang lebih kecil untuk menghadapi jihad yang lebih besar. 


Para sahabat bertanya: Apakah dia jihad yang lebih besar itu wahai Rasulullah SAW ? 


Rasulullah SAW bersabda : Jihad terhadap diri sendiri.”


Apa sahaja jihad sememangnya adalah sukar. 

Jihad melawan nafsu, nak turunkan berat badan, 

nak sihat, nak baca quran, nak buat amal soleh, nak tinggalkan habit buruk, dan sebagainya. Ianya penuh dengan mehnah dan tribulasi.


Lagi-lagi ada pula yang suka jatuhkan semangat orang lain walaupun dia sebenarnya jahil tentang sesuatu perkara itu. 


Bagaimana nak hadap orang sebegini?


#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati


Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan.


#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba


Senyum dan buat muka selamba. 

Rileks dan abaikan mereka.


#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan


Jadi diri sendiri dan yakin dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.


#4 Elakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..


Diamkan diri dan jangan dekati orang tersebut. 

Cari tempat yang buat kita selesa.


Serahkan semuanya pada Allah. 

Semoga dijauhkan dari mereka2 yg ada penyakit hati.  

Kalau tak boleh menjauh...sabar ajelah!😉


Jihad perlukan istiqomah.


"Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (2:216)


Sentiasa mohon pertolongan Allah untuk dikurniakan kekuatan, hidayah dan istiqomah.



Iman dan taqwa, kunci istiqomah dalam segala perjuangan dalam diri. 

Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan lindungan Yang Maha Esa.


Silakan baca tentang KATA-KATA MOTIVASI di blog rakan saya.


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS : motivasi





No comments:

Post a Comment

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

1) PRODUK SHAKLEE SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN  Tahukah anda, multivitamin pertama di dunia iaitu VITALIZED MINERALS dicipta oleh Dr. Forrest...