Sunday, September 3, 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG - PEMAKANAN SEMASA HAMIL

Salah satu impian bagi pasangan yang baru berkahwin adalah memiliki zuriat. Dan fasa mengandung adalah antara fasa yang ditungu-tunggu oleh setiap wanita yang telah bergelar isteri. Ia merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Pengalaman ibu hamil merupakan pengalaman yang indah , walaupun adakalanya hadir dengan beberapa cabaran yang kurang menyenangkan seperti rasa mual, loya , bengkak kaki dan naik berat badan. 

Wanita hamil perlu sentiasa mendapatkan nasihat doktor, menjaga pemakanan, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengikut panduan kehamilan dari doktor dan pembacaan dari sumber yang dipercayai. Wanita hamil perlu mengambil berat penjagaan awal kehamilan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Ibu hamil perlu mengetahui nutrisi-nutrisi penting dan amalan pemakanan sihat bagi menyokong kehamilannya. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi. Ini kerana ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil berhadapan risiko 3X ganda melahirkan bayi kurang berat badan dan saya sendiri telah melaluinya.

Ketika mengandung anak pertama 26 tahun yang lalu saya tidak mengalami pertambahan berat badan yang banyak. Apabila melalui kehamilan kali pertama sememangnya banyak perkara yang saya tidak arif dan tidak tahu, lebih-lebih lagi tentang pemakanan yang bagus untuk ibu hamil. Apabila kehamilan saya cukup 37 minggu, berat badan saya hanya naik sebanyak 5 kilogram. Bayi saya lahir cepat sebulan dengan berat 2.2 kilogram. Alhamdulillah, anak saya lahir sihat walaupun kurus, hanya kulit dan tulang!

Peningkatan berat badan yang tidak mengikuti saranan Kementerian Kesihatan Malaysiam akan menjejaskan kesihatan kepada ibu dan kandungannya. Menurut Pakar Dietetik, ibu hamil harus memberikan tumpuan kepada fasa pertama atau trimester pertama kerana dalam waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat.



Mengapa ibu mengandung perlu makan dengan baik?

  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat.
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil : 

           - Jika kurang berat badan, perlu menambah berat antara 12-18 kg.

            - jika berat badan normal, tambah berat antara 11-16 kg

            - jika berat berlebihan, tambah berat 7-11 kg

            - jika kandungan kembar, tambah berat 16-20 kg

Apakah jenis makanan yang perlu ibu hamil makan?

Makanan ini juga memberi tenaga dan mengelak keletihan ketika hamil

1. Daging tanpa lemak dan daging ayam


Daging adalah sumber protein berkualiti tinggi. 

Seeloknya, cari daging tanpa lemak.

Elakkan makan daging diproses seperti burger atau sosej :

  • kurang segar 
  • cenderung kehilangan nutrisi yang baik. 
  • ada risiko menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama.
Daging ayam juga sumber protin tinggi yang dapat membekalkan asid amino yang sangat penting untuk perkembangan tulang dan otot.

2. Kekacang dan bijian


Kekacang dan bijian seperti kuaci, badam, pistachio dan walnut mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan lebih cekap seperti folat, kalsium, serat, dan besi. Seeloknya, cari kekacang daripada sumber asli yang tidak bergaram dan berperisa.


Selain itu, minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping membantu menangani stres ketika hamil.


3. Sayuran berdaun hijau


Ambil sayuran berwarna hijau tua. 


Bayam terutama sarat vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C dan K serta folat yang sangat penting untuk tubuh. 


Brokoli sangat kaya dengan antioksidan dan juga nutrien lain seperti Vitamin a, Vitamin C, dan zat besi. mengambil brokoli juga dapat mengelakkan masalah seperti sembelit, kencing kotor dan keputihan bagi ibu mengandung.


Sayuran juga membantu meregulasikan sistem pencernaan agar semua toksin dapat disingkirkan daripada badan.


4. Buah aneka warna


Makanan untuk ibu hamil dari pelbagai sumber warna seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih bagi memastikan bayi mendapat pelbagai nutrisi.

Setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh.


Buah beri pilihan bagus untuk ibu mengandung. Ia kaya dengan vitamin C, kandungan air, karbohidrat sihat dan antioksida.Ia juga dapat meningkatkan kelawasan serta detoks badan.Buah beri juga tidak meningkatkan kadar gula darah tubuh dengan mendadak kerana ia mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah.


Pisang juga bagus untuk ibu hamil. Boleh mengenyangkan untuk tempoh yang lama supaya kekal bertenaga. kandungan potasium pisang yang tinggi juga penting kerana ia dapat mengawal tekanan darah ibu hamil dan mengurangkan keletihan.


5. Kurma


Makanan sunnah yang terbukti secara saintifik memberi tenaga kepada ibu hamil. 

Ia juga berfungsi membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah serta merawat sembelit.

Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung. 

Namun harus diambil dalam jumlah yang disyorkan sahaja.


6. Susu dan makanan berkalsium tinggi


Susu sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh berasa letih, tidak sihat dan berisiko mengalami anemia (kekurangan darah).

Bagi yang alah dengan susu mereka boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju, dan dadih. Semua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium yang tidak kurang banyaknya berbanding susu.


7. Air kosong

Air kosong berfungsi untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh. 

Ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering berlaku ketika hamil. 

Selama kehamilan, anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari.


8. Ikan 


Sumber protin, zinc dan zat besi yang sangat penting untuk proses perkembangan bayi di dalam kandungan. 


Ikan salmon sangat bagus untuk ibu hamil kerana kandungan asid lemak omega 3 yang dapat membantu tingkatkan IQ bayi.


Ada juga ikan yang tidak sesuai dimakan oleh ibu hamil seperti tenggiri, todak dan yu kerana kadar merkuri yang tinggi.


9. Ubi keledek


Sumber beta-karotin yang bagus. Beta -karotin  ialah sejenis nutrien daripada tumbuhan dan akan bertukar kepada vitamin A setelah ia masuk ke dalam tubuh badan. Ibu mengandung perlukan 10-0 peratus kadar vitamin A bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.


10) Telur


Sumber lemak dan protin yang berkualiti tinggi serta mengandungi lebih 70 kalori.

Telur makanan penting ibu hamil kerana ia mengandungi kolin yang berperanan dalam proses penumbuhan badan ibu dan kandungan.


Apakah jenis makanan yang perlu dielakkan semasa hamil?

  • Makanan yang diproses tinggi yang kaya dengan lemak tepu, gula tambahan, atau natrium
  • Alkohol
  • Kafein
  • Daging mentah atau makanan laut seperti sashimi
  • Daging diproses yang tidak dimasak
  • Produk tenusu yang tidak dipasteurisasi
  • Makanan pedas
  • Makanan berlemak yang digoreng
Kesimpulannya, pemakanan yang baik bersama vitamin untuk ibu hamil dapat memastikan kandungan mendapat nutrien diperlukan untuk proses tumbesaran.
  • Pelan pemakanan seimbang perlu mengandungi;
  • protein
  • karbohidrat kompleks
  • lemak sihat
  • vitamin dan mineral
  • serat dan cecair

Pola pemakanan kehamilan yang sihat ini tidaklah begitu berbeza dengan diet harian biasa cuma, wanita hamil memerlukan jumpah yang lebih banyak untuk mengimbangi semua fungsi tubuh serta keperluan tambahan bayi dalam kandungan.

>>>>>> Keperluan Wanita Mengandung>>>>>>


#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#NextLevelBlogging

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS : keperluan wanita mengandung







No comments:

Post a Comment

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

1) PRODUK SHAKLEE SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN  Tahukah anda, multivitamin pertama di dunia iaitu VITALIZED MINERALS dicipta oleh Dr. Forrest...