A Lesson in Listening.
Teringat kisah seorang Salesman terkenal yg bernama
Joe Girard.
Pada suatu hari seorang kontraktor terkenal bernama Dominic
datang berjumpa Joe Girard untuk membeli trak model terbagus dan
termahal.
Selepas melakukan semua steps yang perlu termasuk demo ride,
lalu Joe dengan konfiden menghulurkan pen untuk prospeknya menandatangan borang
urusan pembelian.
Prospeknya kelihatan teragak-agak dan seperti keberatan
untuk menurunkan tandatangan. Kemudian, Dominic menolak dengan sopan, berundur
diri dan keluar dari pejabat Joe.
Joe sangat terkesan sekali dengan kegagalannya berurusniaga
hari tu. Pada petangnya dia menelefon Dominic dan bertanya apa yang membuat
Dominic berubah fikiran.
"Dominic, apa yg berlaku, kenapa awak tiba-tiba menukar
fikiran?"
"Adakah awak serius? Sekarang awak mahu mendengar apa
yang saya ingin katakan?" jawab Dominic.
"Saya sedia mendengar." Kata Joe.
"Tetapi awak langsung tidak mendengar apa yang saya
katakan pagi tadi." Jawab Dominic.
Rupanya sewaktu mereka berjumpa pagi tadi, Dominic sudah pun
membuat keputusan untuk membeli trak itu.
Namun, dalam keadaan yang masih ragu-ragu dengan
pembeliannya Dominic mula bercerita tentang kejayaan anak lelakinya yang
sedang belajar dalam bidang kedoktoran.
Dominic berkata bahawa dia rasa bangga dengan pencapaian
anaknya dalam bidang akademik, atletik dan bidang kedoktoran yang diceburi
anaknya.
Namun, Dominic perasan bahawa Joe tidak berminat
dengan perkara penting yang sangat dekat di hatinya.
Joe mengaku bahawa dia tak ingat langsung tentang cerita
mengenai anak Dominic itu.
Sememangnya pada waktu itu Joe tidak fokus dan tak kisah pun
kerana dia rasa perkara tersebut tidak penting.
Pada Joe pula ketika itu dia sudah hampir berjaya menamatkan
urusniaganya dengan Dominic seorang pelanggan berduit yang mahu membeli
trak.
Sebenarnya pada saat yang genting dan penting itu, Joe perlu
beri lebih perhatian kepada perasaan Dominic dan perkara yang dia sayangi
berbanding dengan hal kenderaan yang hendak dijualnya.
"Saya telah buat silap besar!!!." Kata hati Joe.
Oleh kerana itu Joe Girard selalu berpesan berulang kali
bahawa produk atau servis yang pelanggan beli adalah KITA sebelum perkara
lain. Jadi pada hari dia telah melakukan kesilapan besar itu sebenarnya
dia sedang "menjual" dirinya bersama dengan kenderaan yang dijualnya.
Di akhir perbualan telefon itu Joe telah meminta maaf kepada
Dominic kerana tidak memberi perhatian dan tidak sensitif kepada perasaan
Dominic dan Joe berterima kasih kerana Dominic berterus terang dengannya. Dan
Joe mengakhiri perbualan dengan harapan Dominic akan datang lagi ke kedainya
dan membeli trak daripada beliau.
Daripada pengalamannya sendiri, Joe Girard belajar 2
perkara. Pertama, kegagalan mendengar perkara penting boleh membuatkan dia
kehilangan urusniaga. Kedua, jika Joe benar-benar belajar sepenuh hati dari
pengalaman yang dia lalui, mungkin dia akan dapat menebus kembali urusniaga
yang terlepas.
Sebelum kita menjadi pendengar yang baik, kita haruslah
memberi sepenuh perhatian ikhlas kepada apa yang pelanggan kita tuturkan.
Betul-betul fokus dan tumpu perhatian kepada perkara yang disampaikan oleh
pelanggan.
Jika ada orang bertanya: "Bagaimana anda boleh menjadi
seorang salesman yang terkenal?"
"Saya bermula dengan menjadi pendengar yang baik",
kata Joe Girard.
Hakikatnya sebab itulah Allah menciptakan manusia dengan dua
telinga dan satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dan menjadi pendengar
yang baik daripada lebih banyak berkata-kata.
Dari kisah ini juga saya belajar seharusnya kita gunakan dua
telinga anugerah Allah ini untuk mendengar nasihat dan ajaran yang baik.
Kurangkan bercakap perkataan yang tidak membawa faedah pada
diri apatah lagi kepada orang lain. Alangkah ruginya, Allah anugerahkan dua
telinga tetapi tidak digunakan dengan sebaiknya.
Banyakkan mendengar daripada berkata-kata.
Dengar pandangan orang lain dan jangan hanya mahu di dengar
sahaja.
Golongan yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut apa yang terbaiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. [Al-Zumar 39 : 18]
No comments:
Post a Comment