Tuesday, August 8, 2023

Vitamin CoQ untuk Si Jantung Hati

Pada tahun 2021, emak menjalani pembedahan sinus di hospital swasta, dan  doktor memberitahu kami, sewaktu pembedahan emak mengalami komplikasi jantung. Selepas pembedahan, doktor telah menasihatkan emak untuk mengambil ubat untuk jantung.

Alhamdulillah sinus emak beransur sembuh, tetapi emak mula makan ubat untuk jantung beliau. Harga ubat pun boleh tahan mahal. 

Kemudian doktor di klinik kesihatan tempat emak membuat pemeriksaan bulanan pula kata emak tak perlu makan ubat untuk jantung kerana jantung emak sihat dan tiada masalah. Doktor sarankan supaya emak hanya mengambil vitamin untuk menguatkan jantung beliau.

Sejak itu saya bekalkan emak dengan vitamin Coq Trol Plus Shaklee. Saya dapat tahu Vitamin CoQ ni bagus untuk jantung dan warga emas dari rakan-rakan Shaklee dan dari pakar nutrisi dan kesihatan Shaklee.  Mereka kata ramai pengamal CoQ terdiri daripada kalangan pesakit jantung, warga emas atau mereka yang ada sejarah sakit jantung dalam keluarga, sebagai langkah pencegahan. 

Sebelum itu emak juga ada mengadu dengan saya kadang-kala bila baring beliau rasa seperti jantung beliau tidak berdegup. Tetapi selepas mengambil vitamin Coq Trol Plus yang saya berikan, beliau rasa bertenaga dan dapat rasa degupan jantung beliau. 


Kenali Jantung


Jantung kita mengepam kira-kira 2,000 gelen darah seluruh badan setiap hari dan berdegup sekitar 100000 kali sehari. 


Sebagai otot yang bekerja paling keras di dalam badan kita dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung memerlukan sejumlah besar tenaga untuk berfungsi dengan betul.



Tenaga itu disediakan dengan bantuan nutrien dipanggil C0-enzyme Q10 (CoQ10), ia juga berperanan dalam menyokong kesihatan saluran darah. Setiap hari, jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh kita menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum.


Jadi, apa sebenarnya Co-enzyme Q10  (CoQ10)?


  • Adalah sejenis Co-enzyme yang juga dikenali sebagai ubiquinone, diambil dari perkataan bahasa inggeris ubiquitos yang bermaksud "didapat di mana-mana".
  • Didapati secara semulajadi di dalam sel-sel badan kita..
  • Co-enzyme Q10 adalah bahan yang larut di dalam lemak.
  • terdapat paling banyak pada organ jantung, hati, pankreas dan buah pinggang,
  • menghasilkan tenaga yang kemudiannya bertindak melindungi sel daripada kerosakan, menyelenggara sel-sel yang rosak dan memberi manfaat kepada jantung.

Fungsi Coenzyme Q10

Coenzyme Q10 digunakan untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. 

Ia penting dalam proses pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan, dari sumber pemakanan.

Proses pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitochondria iaitu loji kuasa sel. Oleh itu, Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita.


Manfaat Co-enzyme Q10

1 – Sebagai anti-oksidan yang sangat baik. 

2 – Membantu dalam mengawal dan merawat sakit jantung.

  • Coenzyme Q10 didapati sangat banyak di dalam sel-sel jantung. Ini kerana tugasan berat yang dipikul oleh jantung memerlukan tenaga yang banyak. Banyak kajian telah dijalankan menggunakan bahan ini dalam pesakit yang menghidapi penyakit jantung, dan kajian menunjukkan penyakit jantung bergantung rapat dengan kadar CoQ10 dalam darah dan tisu yang rendah. Sekiranya kandungan CoQ10 rendah, kemungkinan untuk mendapat sakit jantung adalah lebih tinggi.


3 – Banyak kajian telah dijalankan dan secara kasarnya CoQ10 didapati mungkin boleh membantu antaranya;

  • sebagai anti-oksidant, CoQ10 menghalang proses yang menyebabkan saluran darah tersumbat kerana kolesterol

  • membantu dalam masalah berkaitan alahan, asma, masalah pernafasan
  • membantu dalam masalah berkaitan otak seperti Alzheimer’s disease
  • tekanan darah tinggi
  • menguatkan sistem imuniti (melawan penyakit) 
  • masalah kegemukan 
  • menambah tenaga 

Manfaat lain CoQ

1. Meningkatkan Kesuburan Lelaki Dan Wanita


CoQ10 menyokong sistem reproduktif dengan 2 cara:

  • meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum
  • meningkatkan jumlah sperma & kualiti ovum

2. Menjadikan Kulit Cantik dan awet muda.


CoQ10 juga terdapat pada permukaan luar kulit bagi melindungi kulit anda daripada sinaran UV. Pada masa yang sama CoQ10 membekalkan tenaga kepada sel-sel yang rosak agar sel-sel tersebut dapat dibaiki. Hasilnya kulit akan lebih berseri dan kelihatan lebih muda


CoQ10 juga mengakibatkan sel kulit lebih anjal dan mengurangkan segala kedutan pada kulit kerana akan meningkatkan tekstur kulit.



3. Meningkatkan Fungsi Kognitif (aktiviti-aktiviti mental)


CoQ10 bertindak sebagai antioksida untuk melindungi saraf dengan cara membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid iaitu salah satu punca utama penyakit Alzheimer di dalam otak anda


CoQ10 juga membantu meningkatkan kesihatan sel-sel otak serta meningkatkan memori, minda, fokus dan tumpuan


4. Meningkatkan sistem imun

5. Mempercepatkan proses pemulihan luka

6. Menyokong peredaran darah yang sihat

Sumber CoQ10


Sumber utama CoQ10 adalah dari pembinaannya di dalam badan kita sendiri penuaian tenaga yang dihasilkan dari makanan yang kita makan.

Sumber luaran utama CoQ10 pula adalah dari daging, ikan dan minyak sayuran. Bahan ini juga boleh didapati dari kebanyakan makanan seperti sayuran segar, buah-buahan dan kekacang, tetapi kandungannya lebih sedikit. Bagaimanapun ia rosak dengan mudah melalui proses pemasakan. 

CoQ10 didapati di seluruh selaput sel di dalam badan kita, terutamanya di selaput-selaput mitochondria. Ia paling banyak di bahagian jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, limpa, pankreas dan gland adrenal. Jumlah keseluruhan bahan ini di dalam badan kita ialah antara 500-1500mg. Kandungan ini menurun selari dengan usia yang meningkat. Oleh itu pengambilan yang lebih mungkin diperlukan.


Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg CoQ10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Untuk mendapatkan 100mg CoQ10, kita perlu mengambil 3kg daging, 100 cawan brokoli rebus, 100 sudu makan minyak Canola dan 3.3kg mentega kacang. 

Ada kajian yang mendapati kandungan bahan di dalam badan orang yang mengamalkan vegetarian adalah lebih tinggi.

Punca Berkurangnya Coq10 dalam tubuh badan 

Kandungan CoQ10 berkurangan bila usia mencapai 30 tahun, di mana selepas itu ia akan terus menurun bila usia meningkat. 


1- Faktor Penuaan. Bila kandungan CoQ10 berkurangan, kesihatan badan kita secara menyeluruh juga menurun. 


2- Pengambilan ubat-ubatan seperti statin untuk kolesterol, ubat diabetes, boleh mengganggu penghasilan CoQ10 dalam badan.


3- Penyakit-penyakit yang berpunca daripada kerosakan pada mitochondria iaitu bahagian di dalam sel yang menjana tenaga. Antara contoh-contoh penyakit mitochondria yang paling kerap terjadi ialah penyakit kencing manis, penyakit Alzheimer dan sindrom Leigh (berlaku pada kanak-kanak pada awal usia). 


4- Tekanan oksidatif (oxidative stress) berlaku pada tubuh manusia akibat gaya hidup dan persekitaran menyebabkan kemerosotan CoQ10 dalam tubuh badan. Diet tidak seimbang, tekanan emosi, merokok, tidak aktif dan bersukan yang keterlaluan juga menyebabkan pengurangan Coq10. Pencemaran dari udara dan air, dan bahan kimia dari penggunaan harian menyebabkan terlalu banyak radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini menyebabkan sel teroksida,

5- Kesan daripada penyakit-penyakit yang ditanggung juga menyebabkan paras coq-10 semakin hari semakin merosot. Ini berlaku kerana tisu memerlukan lebih coq-10 untuk bekalan tenaga bagi keperluan tubuh setiap hari. Semakin lama tubuh menghidap penyakit, semakin cepat coq-10 merosot. 

Kesan kepada badan akibat kemerosotan CoQ10 

1) Keletihan mental dan fizikal 

CoQ10 penting untuk badan bergerak aktif dan sihat. Kekurangan CoQ boleh mengakibatkan;

  • badan mudah berasa penat dan letih 
  • mudah penat otak, sukar fokus, memori merosot 
  • perubahan mood - mudah marah, fikiran celaru, hilang ghairah dan sukar menangani tekanan.
2) Kesakitan kronik

Mereka yang kekurangan CoQ10 akan lebih kerap sakit kepala, migrain, sakit rahang, sakit otot dan sengal-sengal sendi. Dan juga berisiko untuk mendapat fibromyalgia (penyakit kronik disebabkan oleh kesakitan tubuh badan secara teruk dan juga sensitif terhadap sentuhan)
 
3) Sistem imun lemah

Kekurangan CoQ10 akan menyebabkan kita mudah terkesan dengan sejuk serta virus selesema. Dan juga mudah dijangkiti masalah gusi. Tanpa tenga yang cukup , badan tidak berupaya hasilkan antibodi yang kuat.

4) tinggi risiko sakit jantung dan obesiti

Paras CoQ10 yang rendah menyebabkan keradangan yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, masalah kolestrol dan meningkatkan risiko sakit jantung. Kekurangan CoQ10  juga boleh mengganggu pengeluaran tenaga di dalam otot jantung dan seterusnya melemahkan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. 

Satu kajian ke atas sekumpulan orang obes mendapati kandungan CoQ10 di dalam badannya adalah 52% lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal. Pakar penyelidik percaya bahawa mereka yang mempunyai paras CoQ10 akan lebih mudah gemuk dan lebih sukar menurunkan berat badan.


5) masalah neurologi

Paras CoQ10 yang rendah juga berkait rapat dengan beberapa masalah kesihatan otot dan saraf .




Suplemen CoQ-Trol Plus Shaklee

Suplemen Coq10 yang dikeluarkan oleh jenama Shaklee, adalah CoQ-Trol Plus. 

CoQ-Trol Plus ini mengandungi :

  • 500 mg coq-10
  • 5.5 mg tocopherols
  • 2 mg resvaratrol (dari ekstrak akar Japanese knotweed)

Dengan adanya suplemen CoQ-Trol Plus ini, kita boleh mendapatkan dos CoQ10 yang secukupnya setiap hari, tanpa perlu risau sekiranya makanan kita tidak membekalkan CoQ10 yang sepatutnya kita ambil. 


Siapa perlukan CoQ10?


Pengambilan CoQ10 dicadangkan untuk ;


1) Pesakit Jantung Kajian oleh Cardiovascular Pharmacology, mendapat CoQ10 boleh menjadi pelindung kepada serangan jantung, mengelakkan serangan jantung berulang, mencegah tekanan darah tinggi dan mengurangkan kesan sampingan akibat pengambilan ubat statin.  


2) Warga Emas yang berumur 50 ke atas digalakkan mengambil suplemen ini untuk membantu mereka kekal bertenaga.


3) Pasangan yang mahu menimang cahaya mata. CoQ10 sangat membantu meningkatkan kesuburan pasangan, memberi tenaga kepada sel sperma dan ovum bergerak cergas untuk proses persenyawaan.


4) Wanita perimenopos dan menopos. CoQ10 membantu mengekalkan keseimbangan hormon dan sekaligus mengurangkan simptom menopos.


5) Pelajar dan golongan profesional. CoQ10 membantu mengekalkan ketajaman otak dan fokus.

CoQ-Trol Plus Shaklee menjadi suplemen wajib untuk emak saya dalam mengatasi masalah jantung beliau. 

Dan saya sendiri juga mengamalkan Coq-Trol Plus Shaklee. Apabila menjejak usia 50 tahun, saya dapat rasakan sendiri tenaga semakin berkurang, stamina tidak sekuat dahulu,  selalu sakit-sakit sendi, fungsi kognitif menurun dan masalah penuaan lainnya. Alhamdulillah,  CoQ-Trol Plus banyak membantu dan memberi manfaat untuk diri saya. 

Jika ada yang memerlukan Vitamin CoQ-Trol Plus Shaklee dan konsultasi yang lebih lengkap lagi, boleh hubungi saya dan saya sedia membantu anda.

>>> keistimewaan Coq Trol Plus >>>>>>>

TESTIMONI 





#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#NextLevelBlogging

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS : CoQ10, CoQ10 Trol Plus, jantung




Tuesday, August 1, 2023

MANFAAT VITAMIN E UNTUK RAMBUT GUGUR

Rambut mahkota wanita, begitulah kata pepatah.

Jika ingin rambut yang sihat, penjagaan rapi dan perawatan rambut tidak harus dipandang remeh, lebih-lebih lagi jika berhijab.

Jika tidak dijaga sebaiknya, wanita akan menghadapi masalah-masalah rambut seperti kelemumur, gatal-gatal kulit kepala, rambut kering, rambut berminyak, rambut bercabang dan paling merisaukan sekali apabila rambut banyak gugur.

Secara purata, kulit kepala manusia mempunyai 100,000 hingga 150,000 folikel rambut. Biasanya kita akan keguguran lebih kurang 100 helai rambut setiap hari.

Apabila usia meningkat, pertumbuhan rambut mula menjadi perlahan, dan sekiranya kita sentiasa keguguran lebih daripada 100 helai rambut sehari, ianya memang menakutkan.

PUNCA MASALAH RAMBUT GUGUR

3 sebab utama ramai orang mengalami masalah rambut gugur: 


1- Hormon tak stabil. Bagi wanita ia dikaitkan dengan kehamilan, bersalin, putus haid, dan pengambilan pil perancang. Bagi lelaki yang ada masalah hormon tiroid juga boleh mengalami masalah rambut gugur. 


2- Kurang vitamin yang penting kepada rambut seperti vitamin E,  biotin, vitamin B6, B12, dan zink. 


3- Produk yang tidak sesuai juga menyebabkan rambut gugur, terutama jika terlalu kerap bertukar syampu. 

Sebagai seorang wanita, saya juga tidak terkecuali dari menghadapi masalah yang sama. Pada satu ketika saya pernah mengadu dengan emak saya tentang masalah rambut gugur. Tahu apa emak saya jawab?

Sambil menarik-narik rambutnya emak berkata, "Makan Vitamin E. Dulu mak selalu makan vitamin E..tengok ni rambut mak...mana ada gugur."

Rambut emak ketika itu masih nampak hitam lebat dan berkilat walaupun sudah berusia 50an. Ada uban tetapi tak banyak dan amazingly tak banyak gugur. Memang tak banyak jumpa rambut di lantai rumah emak.

Saya biasa dengar Vitamin E bagus untuk kulit, tetap baru tahu bahawa Vitamin E juga bagus untuk rambut.


MANFAAT VITAMIN E UNTUK RAMBUT

Sifat antioksidan yang ada di dalam Vitamin E bukan hanya bagus untuk kulit tetapi ia juga sangat baik untuk menyihatkan kulit kepala, meransang pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat, memperbaiki struktur pada rambut, dan sangat efektif untuk mencegah rambut gugur.


1) Mencegah rambut gugur


Penyelidikan dari Tropical Life Sciences Research mendapati bahawa suplemen vitamin E meningkatkan pertumbuhan rambut pada mereka yang mengalami keguguran. Sifat antioksidan Vitamin E membantu mengurangi stress oksidatif di kulit kepala yang menjadi penyebab rambut gugur. 


2) Melancarkan peredaran darah di kulit kepala. 


Vitamin E membantu meningkatkan pengaliran darah di kulit kepala. Kulit kepala mendapat oksigen yang cukup dan membantu akar rambut menerima banyak oksigen, menjadikannya lebih subur dan rambut tidak gugur.


Peredaran darah yang baik menggalakkan pengeluaran sebum dan mengekalkan pH. 


3) Mengurangkan inflamasi dan mengembalikan folikel (lubang kecil tempat tumbuh rambut) yang rosak. 


Kesihatan folikel mempengaruhi pertumbuhan rambut. Kandungan antioksidan di dalam Vitamin E dapat mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh. 


4) Mengimbangkan pengeluaran minyak di kulit kepala


Vitamin E penting sebagai lapisan pelindung membantu mengunci kelembapan pada permukaan kulit kepala, mengurangkan kerosakan dan mengurangkan penipisan rambut, menghasilkan rambut yang tebal dan sihat.


BAGAIMANA MEMANFAATKAN VITAMIN E UNTUK RAMBUT


1) Mengamalkan mengambil suplemen Vitamin E


Makan suplemen Vitamin E secara konsisten untuk memenuhi keperluan Vitamin E kita. Bagus untuk orang yang tidak suka makan sayuran hijau atau kurang mengambil makanan dari sumber Vitamin E lainnya.


Satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Sains Malaysia mendapati mereka yang mengalami keguguran rambut berjaya meningkatkan pertumbuhan semula rambut sebanyak 34.5% selepas mengambil makanan tambahan Vitamin E selama 8 bulan.


2) Mengurut kulit kepala menggunakan minyak Vitamin E


Rambut akan jadi lembap, lembut dan berkilau.


3) Menggunakan masker rambut dari bahan semulajadi.

 

Masker rambut berfungsi menenangkan rambut dan merawat kulit kepala. 

Boleh beli masker rambut yang dijual di kedai2 atau boleh juga buat sendiri mengikut ramuan di bawah:

  • 1 biji avokado
  • 1 biji pisang
  • 1 sudu makan minyak avokado
  • 1 sudu minyak kelapa
  • 1 sudu madu
4) Menggunakan syampu dan conditioner yang tepat.

Kandungan minyak argan, Soy milk protein dan Vitamin E dapat membuat rambut menjadi lebih halus, memperbaiki folikel rambut dan meransang pertumbuhan rambut yang lebih sihat. 


KEKURANGAN ZAT MAKANAN BIASANYA DIKAITKAN DENGAN KEGUGURAN RAMBUT. 


Selain daripada mengamalkan suplemen Vitamin E, kita juga disarankan menambah Zat yang tersebut dibawah untuk membantu kita mendapatkan nutrisi yang tepat dalam mengatasi keguguran rambut :

1) Vitamin A - bagus untuk pertumbuhan sel baru termasuk rambut (tisu yang paling cepat tumbuh dalam tubuh manusia)

2) Vitamin B Kompleks - menguatkan folikel rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Asid folik dalam B Kompleks menjadikan rambut lebih lebat dan berkilat.

3) Biotin(Vitamin H) yang merupakan sebahagian dari B Kompleks terbukti untuk mengelakkan keguguran rambut. Ia juga berupaya mencegah uban.

4) Vitamin C - Tubuh memerlukan Vitamin C untuk mencipta protein yang dikenali sebagai kolagen - bahagian penting dalam struktur rambut.

5) Vitamin D - Tahap vitamin D rendah dikatkan dengan alopecia (keguguran rambut). Penyelidikan juga menunjukkan bahawa Vitamin D boleh membantu mencipta folikel baru. Vitamin D juga memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut.

6) Omega 3 - Menyubur, melindungi rambut dan membantu pertumbuhan semula rambut. 

7) Zat besi (iron) - Membantu sel darah merah membawa oksigen ke sel. Mineral penting untuk banyak fungsi badan termasuk pertumbuhabn rambut. 

8) Zink - Kekurangan zink boleh menyebabkan keguguran rambut.

9) protein - elak rambut rapuh dan putus.

Apabila tahu kepentingan Vitamin E untuk rambut, saya mula mengamalkan Vitamin E Shaklee kerana bagi saya dengan merangsang Vitamin tertentu melalui suplemen adalah cara yang baik untuk terus memastikan saya mendapat rambut yang sihat.

Sebiji Vitamin E 400 IU Shaklee bersamaan; 

1 kg benih gandum

500 ml minyak safflower

8 kg bayam

500 gm badam 

.....dan saya tak mampu untuk makan sebanyak itu.

Vitamin E Shaklee juga mengandungi 65 mcg Selenium dan 38 mg ekstrak biji anggur .



Keistimewaan Estrak biji anggur dalam Vitamin E shaklee :

  • mengandungi Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang lebih tulin
  • OPC adalah 50 kali lebih kuat dari vitamin E dan 20 kali lebih kuat dari vitamin C
  • ekstrak biji anggur juga kaya protein yang akan membina kolagen di dlm badan untuk kulit lebih sihat, muda & anjal.

Menurut hasil penyelidikan di Jepun, peranan OPC dalam biji anggur bukan sahaja menghalang keguguran rambut tetapi dalam masa yang sama merangsang pertumbuhan sel-sel rambut.

Semoga lebih banyak lagi kajian yang dilakukan oleh saintis dalam menentukan peranan Vitamin E untuk kesihatan rambut.

>>VITAMIN E UTK FUNGSI SEJATI LELAKI >>

TESTIMONI 

Bagaimana Nak Dapatkan Vitamin E Shaklee ?

Hubungi saya dengan klik wasap di bawah untuk saya bantu mendapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. 


#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#NextLevelBlogging

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS : vitamin E








MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

1) PRODUK SHAKLEE SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN  Tahukah anda, multivitamin pertama di dunia iaitu VITALIZED MINERALS dicipta oleh Dr. Forrest...