Setiap orang yang buat Bisnes Online pasti ada pengalaman dan cabaran tersendiri. Dengan berniaga secara online ini, di mana-mana saya pergi, saya masih boleh menjalankan perniagaan. Cukup dengan gajet di tangan dan capaian internet, saya boleh uruskan Bisnes Online walau di atas motor. Pasti dengan langkah berjaga-jaga, jangan sampai terlepas handphone di tangan kalau tidak mahu berputih mata!!! ha ha ha.
Teringat satu ketika malam closing 31/8/2019. Bulan itu Shaklee mengadakan promo Vivix. Ramai pelanggan ambil peluang untuk membeli Vivix dan saya juga sibuk melayan pelanggan hingga ke malam dan hingga ke saat-saat akhir waktu untuk closing. Sambil mencari makanan di Pasar Malam depan Lee Garden Plaza Hotel, Hatyai sambil melayan wasap pelanggan nak order Vivix. Beginilah melayan kerenah Bisnes Online!
Berjalan-jalan di pasar malam Hatyai tapi kepala fikir nak closing.
Selesai makan malam, saya balik ke bilik. Tinggal sejam lagi untuk buat closing. Alhamdulillah saya dapat extra 1 jam bila di Thailand. Tinggal beberapa minit lagi pukul 12 malam waktu Malaysia. Saya pula menghadapi masalah untuk selesaikan pembayaran dalam talian.
Dalam kekalutan, saya pun wasap Upline saya memohon bantuan. Alhamdulillah saya ada leader dan grup wasap yang mantap untuk saya mengadu. Terbaeklah!! rakan-rakan seperjuangan Shaklee yang menawarkan bantuan. Mereka sentiasa ada memberi bantuan dan sokongan.
Akhirnya pembayaran dapat diselesaikan.
Syukur... kerenah dan mehnah Bisnes Online dapat diatasi. Akhirnya saya dapat buat closing dan berjaya rank up jadi Supervisor! yeayyyy..
Keesokannya seiring dengan sinaran matahari, wasap dari Upline pun masuk..
Tahniah Dewi!!!!! Alhamdulillah berjaya closing dan naik pangkat jadi SUPERVISOR!
Gambar SUPERVISOR baru 1 September 2019 kikiki
Menjadi kenangan manis closing Supervisor di luar negara...Thailand aje pun. hihihi
Itulah antara pengalaman dan KELEBIHAN dalam berBISNES ONLINE. Dan semestinya pada saya Bisnes Online Shaklee Terbaik di Malaysia. Kenapa?
Kerana kelebihan yang saya senaraikan di bawah.
5 KELEBIHAN BISNES ONLINE SHAKLEE
1- Website Shaklee terbaik.
Website Shaklee mesra pengguna, mudah untuk dikendalikan, padat informasi, ada BOT. Pendaftaran ahli sangat mudah untuk dilakukan.
Alat Marketing daripada Shaklee seperti posters, info kempen dan produk, dan lain-lain, semuanya ada dalam website Shaklee. Alat Marketing ini juga ada dalam TELEGRAM channel dan grup-grup wasap Shaklee disediakan oleh Leaders.
2- Pengurusan Shaklee dan Leaders yang efisien. Hubungan baik terbina antara Home-Office, ahli dan pelanggan.
Online meeting syarikat dengan leaders diadakan setiap bulan (MASTERS FORUM).
Informasi pantas disalurkan kepada semua ahli dan pelanggan. Maklumat tentang promosi dan info produk dapat disebar dengan pantas , meluas dan mudah.
Syarikat memberi sokongan bisnes yang mantap kepada ahli. Syarikat juga menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh ahli dan pelanggan seperti :
- kelas bimbingan produk
- pemeriksaan kulit, ujian tulang dan analisa berat badan percuma
- health fair dan lain-lain aktiviti menarik
- ada pengiktirafan pencapaian
- pelan compensation terbaik - ada bonus untuk semua pencapaian
- peluang travel 6 bintang untuk ahli.
Pembelajaran Online yang berterusan mengenai produk, jualan, motivasi, dan dari segi kerohanian juga disediakan dari masa ke semasa oleh Shaklee dan para leaders yang hebat.
Peluang-peluang latihan yang lebih intensif ini disediakan untuk memastikan leaders dan ahli sentiasa menambah ilmu kepimpinan dan perniagaan. Team pengurusan berpengalaman luas.
Bisness Online, walaupun nampak mudah tetapi perlukan kekuatan mental dan jiwa. Pengurusan dan hubungan yang baik dalam kumpulan sangat membantu untuk meneruskan Bisnes Online. Shaklee famili adalah kumpulan yang positif dan bermotivasi tinggi.
3- Marketing di semua platforms dibenarkan ( IG, FB, blog, tiktok, twitter dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Hanya e-commerce tidak dibenarkan.
4- Segmen pelanggan lebih luas.
Dengan capaian internet dan pengiklanan di internet, pelanggan tidak terhad di kawasan tempat sendiri, malah satu Malaysia.
5- Bisnes Online Shaklee sesuai untuk semua orang , termasuk warga emas. Produk Shaklee juga semestinya bagus untuk semua golongan. Produk yang dipercayai - Research Development's trusted brand. Sambil belajar mengenai produk, dapat juga ilmu tentang kesihatan. Bisnes Shaklee juga boleh diwarisi.
Itulah serba sedikit pengalaman dan kelebihan Bisnes Online Shaklee yang saya telah lalui sepanjang 6 tahun ini.
Walaupun saya anggapnya sebagai hobi tetapi banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran berharga saya dapat dengan sertai Shaklee. Hobi yang menjana wang dan pahala InsyaAllah.
Boleh juga buat bacaan lanjut tentang Bisnes Online blog rakan saya.
Kepada anda yang sedang mencari-cari peluang bisnes, Shaklee adalah pilihan yang amat baik. Anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui langkah-langkah memulakan bisnes yang hebat ini.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Fabulous2023
----
WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
No comments:
Post a Comment