Berat badan masih tak turun-turun juga sepanjang Ramadhan?
Kulit dah cantik, badan pula tak langsing. Nak kurus dengan cepat tapi payah nak singkirkan tabiat harian dan gaya hidup yang tidak sihat.
Alhamdulillah, saya tidak ada masalah berat badan. Orang kata saya tak pernah gemuk...sentiasa kurus . Sebenarnya saya pernah gemuk tapi tak lama. Mungkin sebab dulu sentiasa kurus jadi orang tak perasan bila saya gemuk..hahaha. Namun, kurus saya dahulu adalah kurus tak cukup zat....sebab bila saya kenang semula 5 hari pertama bulan Ramadhan saya akan melepek di siang hari. Gigil dan selalu nak pitam. Badan seperti tiada zat untuk menyokong keperluan tubuh badan. Sekarang, Alhamdulillah saya dapat berpuasa dengan cergas tanpa rasa lapar hingga petang.
Lagu raya dah berkumandang di merata tempat. Tak sampai 10 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya. Macamana dengan persiapan raya? Baju raya dah ready ke belum?
Jangan nanti hari raya ada yang mogok tak nak makan kerana nak sambung diet. Bukan mudah nak hilangkan spare tyre dan perut buncit bagi sesetengah orang. Sepatutnya gembira sambut raya tapi jadi sedih dan jadi tidak ceria dengan rupa diri sendiri. Memang stress dibuatnya bila pakaian sedia ada dah ketat dan payah pula nak cari size yang bersesuaian bila dah jumpa baju yang disukai. Mentally stressed!
Sudahlah mental stress, fizikal juga stress. Gemuk atau Obese itu sendiri adalah keadaan badan yang stress, radang kronik yang memberi tekanan pada badan yang perlahan-lahan mengumpul pelbagai penyakit contohnya; kencing manis, hipertensi, jantung, kanser, murung, tertekan dan infertiliti.
Sebenarnya, tidak kisah apa pun bentuk badan kita, paling utama adalah kesihatan kita.
Betulkan niat untuk kurus dengan cepat dengan cara yang betul, selamat dan sihat.
Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk kurus dengan cepat dan dapat bentuk tubuh yang lebih menarik. Itu bonus! Ianya bukanlah perkara mustahil. Yakin dengan diri sendiri, nekad untuk mengubah tabiat harian dan gaya hidup, bersenam dan komited, InsyaAllah boleh kurus dengan cepat.
TIPS KURUS DENGAN CEPAT
1. Pantang Gula
Pantang gula bukan pantang tengok gula ye. Kurangkan pengambilan gula ringkas seperti minuman manis, air bergas ,kuih-muih, kek pastri dan sebagainya. Jika tinggalkan terus itu lebih baik. Kurangkan ambil gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
Bila kita pantang gula, paras gula jadi stabil, insulin di paras rendah. Bila insulin di paras rendah, serta-merta berlakunya pembakaran lemak. Bila lemak terbakar, dapatlah kita kurus dengan cepat.
2. Cuba Intermittent Fasting (IF)
IF memang bantu kita kurus dengan cepat sebab kita limit kalori harian.
Dalam bulan Ramadhan, tak perlu IF. Boleh buat selepas Ramadhan, kita sambung berpuasa dengan cara IF.
Bila kita berpuasa;
insulin kita stabil dan memudahkan pembakaran lemak sedia ada.
paras gula juga stabil, cravings mudah dikawal apabila selalu berpuasa.
3. Makan dengan penuh kesedaran 'mindful eating' membantu kurus dengan cepat.
Beringat apabila makan, bijak memilih makanan, fokus sewaktu makan.
Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi banyak kali.
Jangan terburu-buru semasa makan. Kunyah makanan kepada cebisan kecil membantu penghadaman.
Minum 8 gelas air sehari. Air mengurangkan selera makan dan membantu badan membakar lemak.
Elakkan makanan terproses dan makanan ringan.
kurangkan pengambilan garam kerana garam yang tinggi menggalakkan penakungan air.
Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.Ianya sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan kendungan lemak yang rendah.
Ambil makanan berempah dapat meningkatkan penghadaman dan pembakaran lemak.
Pilih makanan berasaskan bijirin dan kekacang kerana ianya sumber utama tenaga.
4. Lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam atau beriadah untuk bantu kurus dengan cepat.
Banyakkan berjalan dan jalan dengan cepat.
Pilih untuk gunakan tangga berbanding lif untuk naik ke tingkat atas untuk bantu proses penurunan berat badan.
Berenang, dan menunggang basikal juga bantu pembakaran lemak, dan mencantikkan bahagian tubuh badan.
Bersenam sangat baik untuk otot dan sendi dan dapat lancarkan pergerakan darah.
5. Tidur cukup dan kurangkan stress juga bantu kurus dengan cepat.
Tak percaya? Cuba tanya orang yang menghadapi masalah berat badan, berapa lama mereka tidur. Tidak semua tetapi kebanyakannya.
Orang yang tidur kurang selalunya dikaitkan dengan nilai BMI yang tinggi. Ini berlaku kerana hormon mengawal selera makan telah terganggu.
Luangkan masa untuk lepaskan segala tekanan yang mengganggu fikiran.
6. Amalkan suplemen untuk kurus dengan cepat dan sihat.
Saya amalkan suplemen Shaklee untuk kekalkan berat badan sedia ada. Anda boleh juga cuba mengambil suplemen dan rasakan sendiri bagaimana ia menurunkan berat badan anda. Dan paling penting kurus dengan cepat dan sihat.
Antara Suplemen Shaklee yang amat baik dan mudah diamalkan untuk kurus dengan cepat;
1. Vita-lea Iron Plus
'Chromium' sejenis trace mineral yang sangat penting untuk tubuh ada dalam Vita-lea untuk bantu kurangkan rasa lapar, craving dan mencegah makan dengan banyak mengikuk nafsu (binge eating).
2. Cinch Shake Mix (ada 3 perisa- Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla)
Cinch Shake bantu tubuh kita untuk kekal bertenaga dan kenyang lebih lama.
Ia juga bantu stabilkan paras gula dalam darah dan hilangkan rasa craving.
Mengandungi formula Leucine, asid amino penting yang menjaga jisim otot. Membantu bina otot dan elak menggeleber
3. Lecithin
Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh dengan lebih efisien.
4. Omega Guard
Membantu membakar lemak sedia ada
Membantu kawal sugar craving.
5.Herblax
Bersihkan usus, kempiskan perut, buang toksin, hilangkan bau badan dan turunkan berat badan.
6.Vivix
Vivix kaya dengan polifenol dan kajian mendapati polifenol memberikan anti-obesity effect dengan berikan rasa puas makan tanpa perlu makan dalam jumlah yang banyak.
Vivix juga membantu mengawal paras gula dalam darah.
Membantu kurangkan berat badan, kurangkan BMI, dan kurangkan ukurlilit pinggang.
Sangat membantu mengurangkan berat badan di kalangan pesakit obesiti dan diabetes.
Jika ada yang bertanya nak beli suplemen apa untuk mulakan makan suplemen dan kurus dengan cepat secara sihat dan lengkap serta berkesan, saya cadangkan set Hello New You Shaklee.
Banyak testimoni pengguna Set Hello New You telah dikongsi di pelbagai platform media sosial.
Berikut adalah beberapa testimoni yang dikongsi di laman web Shaklee Malaysia.
Apa yang ada dalam set Hello New You ini?
Bagaimana Set Hello New You ni akan membantu untuk kurus dengan cepat?
Mula dengan
✅ bersihkan & reset sistem pencernaan dengan Herblax
✅ ambil Protein Cinch untuk kawalan pengambilan makanan tinggi kalori, beri tenaga di siang hari serta membina otot agar badan tidak geleber dan
✅ bakar lemak & tingkatkan metabolisma badan dengan Omega & Lecithin
InsyaAllah dengan puasa Ramadhan dan Set Hello New You ini dapat beri peluang untuk turunkan berat badan dengan mudah. Jika ingin maklumat lanjut boleh tinggalkan komen atau wasap saya.
Silakan baca lebih lanjut lagi tentang topik Kurus Dengan Cepat ini di blog rakan saya
Semoga Ramadhan yang berbaki ini kita bukan sahaja dapat turunkan berat badan, dapat kurus dengan cepat, dan sihat untuk taat dan dapat juga tambah amal untuk akhirat.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Fabulous2023
----
WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
No comments:
Post a Comment