Monday, April 24, 2023

Insentif Shaklee bantu ringankan bebanan.

 Salam Aidilfitri 1444H.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, 

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahil hamd.


Sambutan Hari Raya Aidilfitri meriah  tahun ini, masjid dipenuhi jemaah solat sunat hari raya, jalanraya sesak, masing2 mengambil peluang kunjung-mengunjung 

menziarahi kaum keluarga. Alhamdulillah raya tahun ini tanpa sebarang SOP khas seperti tahun2 sebelumnya. 


Satu kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dan rahmat yang besar di Hari Raya apabila dapat pulang ke kampung, berkumpul adik-beradik dan dapat berjumpa dengan sanak-saudara. Sambil-sambil makan ketupat, lemang, rendang dan rendang, sambil- sambil kami mengimbau kenangan kisah raya tahun lepas yang agak kelam kabut kerana terkejut dan panik raya awal daripada jangkaan. 


Selain daripada kisah raya tahun lepas, kakak ipar pula bercerita tentang pengalamannya berniaga di bazar ramadan. Beliau dan rakan2 peniaga  mengeluh kerana makanan yang dijual tidak laku dan menanggung rugi. Mereka hanya bertahan hingga minggu kedua ramadhan sahaja. Selepas itu terpaksa berhenti berniaga. Nak jual 3 ekor ayam golek setiap hari pun susah.


Mungkin ramai yang berjimat cermat dalam berbelanja. Maklumlah baru sahaja berhabis untuk anak masuk sekolah. Tak lama pula kena buat persiapan untuk hari raya. Dengan keadaan ekonomi sekarang, cuma ganti atau beli apa yang perlu sahaja. 

Harga makanan di bazar Ramadhan pula dah naik harga. Bulan yang agak mencabar untuk semua.


Saya pun ambil peluang berkongsi tentang kelebihan buat bisnes Shaklee yang mereka dan ramai tak tahu. Manalah tahu jika ada terkesan dengan ekonomi sekarang dan ingin menambah pendapatan. 


Bisnes yang flexible boleh dibuat dimana-mana. Tak perlu pakai uniform, tak terikat dengan masa dan jadual kerja . Sambil masak di dapur pun boleh buat iklan Shaklee. Sambil susukan anak pun boleh close sale. Sambil goyang kaki, duit masuk.


Produk Shaklee adalah produk suplemen yang sangat diketahui ramai akan kebaikannya.
Sambil kita makan , kita kongsi kebaikannya. Sihat dapat, duit pun dapat.
Bila kita dah mula buat bisnes Shaklee, kita layak pula untuk dapat bonus bulanan daripada Shaklee secara tunai. Bonus tu kita yang tentukan, kalau nak bonus banyak kena la usaha lebih. Yang penting rajin berusaha dan tak mudah putus asa. Duit bonus yang kita dapat tu bolehlah kita belanja anak-anak, shopping apa yang kita suka dannnnn ... yang paling best dapat beli emas. 


Inilah yang dikatakan cash bonus iaitu C yang pertama dari 3C insentif yang ditawarkan oleh Shaklee. 


3C (CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION TRIP)


Cash Bonus ini bergantung kepada performance sales kita. Bermula dengan 5% hingga maksimum 21%, Beli vitamin untuk makan sendiri pun boleh dapat bonus tau. Apatah lagi kalau kita dapat jual. Dan yang paling best lagi, bulan ini Shaklee ada tawarkan duit tambahan untuk Program Insentif Shaklee ni. Program berlangsung selama 3 bulan iaitu mulai April 2023 hingga Jun 2023.


Program insentif Shaklee kali ni Shaklee nak bagi extra RM600 bonus tidak termasuk bonus bulan sedia ada untuk semua pengedar samada yang lama atau yang baru menjadi ahli. Jadi saya ajak mereka untuk tidak lepaskan peluang untuk jadi ahli dengan segera dan layakkan diri untuk dapat bonus tambahan insentif shaklee ni. Kita ada masa selama 3 bulan untuk capai syarat dan kelayakan yang Shaklee sediakan. Jika ada usaha pasti boleh!


Apakah syarat-syarat untuk dapat cash rewards RM600?


Bagi mereka yang masih di rank SID atau rank biasa, 

  • wajib rank up ke rank Supervisor antara bulan April,May & June 2023  
  • wajib efektif di appointed rank selama dua bulan. 

Bagi mereka yang sudah berada di rank Supervisor atau Senior Supervisor pada cycle lepas iaitu cycle 2023 dan tidak efektif di appointed rank pada Januari hingga March 2023

  • mereka harus efektif di appointed rank bermula April,May dan June 2023.

Bagi mereka yang berada di rank Supervisor atau Senior Supervisor pada cycle lepas iaitu cycle 2023 dan ada efektif di appointed rank pada salah satu bulan iaitu Januari hingga March 2023

  • mereka harus rank up di salah satu bulan antara April hingga June 2023 dan efektif pada appointed rank.

Selain daripada Cash Bonus, Shaklee juga menawarkan.

Insentif Trip Shaklee (Convention) – ini insentif yang paling saya suka. Namun, saya masih belum dapat peluang untuk travel dengan Shaklee. Memang sangat mengujakan apabila mendengar cerita rakan-rakan seperjuangan yang telah mendapat insentif shaklee yang ini. Mereka telah berpeluang untuk travel dengan ditaja sepenuhnya oleh Shaklee antaranya ialah Trip VVIP Umrah dan Ziarah, trip ke US, Turki, Jordan, Abu Dhabi dan banyak lagi.


Untuk tahun ni pula, Shaklee menawarkan trip ke Osaka, Nara, Kyoto Jepun dan Trip Cruise Royal Caribbean Singapore ke Phuket. Syarat minimum yang diperlukan untuk melayakkan join trip yang super best ni ialah menyandang pangkat Coordinator dan kekal efektif sekurangnya sebulan sebelum pergi trip. Semoga satu hari nanti saya diizinkan Allah untuk dapat peluang ini. Aamiinnn...


Shaklee juga menawarkan insentif Shaklee iaitu C yang ketiga iaitu Car Bonus. 

Car Bonus ini adalah dalam bentuk CASH masuk akaun bank kita. Jumlah kita akan dapat jadi UNLIMITED! Boleh bertambah setiap bulan. Dan car bonus ini tak semestinya kena beli kereta, ikut kita nak buat apa dengan duit tu nanti. Ada yang buat bayar rumah, buat simpanan, shopping ke dan macam-macam lagi. Terpulang pada kita sendiri. Best kan?


Boleh juga baca mengenai Insentif Shaklee ini di blog rakan saya untuk info lanjut.


Teruja dengan insentif Shaklee yang menarik dan lumayan ni?


Jomlah join ahli dan jom kita sama-sama menjana pendapatan tambahan untuk keluarga dan dapat pula bawa keluarga kita berjalan-jalan mengelilingi dunia. Semoga apa yg Allah rezekikan buat kita jadi hambaNya yang lebih taat.


Semua insentif Shaklee yang menarik ni hanya boleh kita dapat dengan memulakan langkah pertama iaitu dengan mendaftar menjadi ahli dan beli produk. 


Boleh wasap saya untuk keterangan lanjut.


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#Fabulous2023


----


WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/

Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


PENAFIAN : 

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


LABELS : insentif shaklee, bisnes


No comments:

Post a Comment

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

1) PRODUK SHAKLEE SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN  Tahukah anda, multivitamin pertama di dunia iaitu VITALIZED MINERALS dicipta oleh Dr. Forrest...