Sebulan kita berjuang di bulan Ramadhan dan kini masih bergembira menyambut hari kemenangan dengan penuh rasa syukur, Alhamdulillah. Saban minggu pastinya ramai yang mengadakan dan menerima jemputan Hari Raya Open House. Jalan raya pula sesak apabila tiba hujung minggu bulan Syawal ini.
Budaya kita, sebulan berpuasa maka sebulan jugalah kita berhari raya.
Ramai yang membalas dendam lapar dan dahaga bulan Ramadhan yang lalu dengan makan dan minum dengan berlebihan. Maklumlah juadah raya yang disediakan sedap-sedap belaka, kuih-muih beraneka macam ditambah pula dengan air yang manis-manis.
Kalau ikutkan hati memang tak berhenti mulut mengunyah makanan. Ada sahaja makanan yang hendak dimakan, macam tiada hari esok. Kenalah beringat...jangan asyik nak makan sahaja, kesihatan harus dijaga kerana kebanyakan penyakit berpunca dari pemakanan kita.
Antara cara saya untuk menyekat diri dari asyik makan sahaja ialah dengan memaksa diri berpuasa 6 di bulan Syawal.
Nabi S.A.W bersabda;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.” (Riwayat Imam Muslim)
Ketika berpuasa, organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini bantu badan kita membuang segala kotoran serta toksin. Berpuasa juga dapat menyegarkan sel-sel badan kita. Fadilat lain berpuasa 6 ialah ianya sebagai pelengkap amalan fardhu dan penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan juga ianya mendekatkan diri kita kepada Allah SWT setelah Ramadhan.
Syawal berbaki berbelas hari lagi, semoga masih sempat lagi untuk saya sempurnakan ibadah Ramadhan dengan berpuasa 6 hari di bulan ini.
Syawal tahun ni tak banyak jemputan open house yang saya pergi. Namun, Syawal tahun ini sangat istimewa kerana anakanda sulung telah bertunang pada Syawal ke 7. Majlis bertunang diadakan oleh pihak perempuan di Eco Majestic, Semenyih. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga dipermudahkan untuk ke fasa yang seterusnya insyaAllah pada bulan November.
Syawal minggu ke dua pula, kami buat Hari Raya Open House untuk saudara mara terdekat dan jiran tetangga . Alhamdulillah tunang anakanda dan bakal besan juga hadir memeriahkan suasana. Dapatlah saudara mara berkenalan dengan ahli keluarga baru.
Tak dapat nak jemput rakan-rakan untuk Hari Raya Open House kali ini. InsyaAllah ada rezeki jemputan yang lain menyusul tiba. Walaupun begitu, ramai saudara mara dapat hadir , tak menang tangan dibuatnya. Alhamdulillah.
Silakan baca perkongsian daripada rakan saya bagaimana Hari Raya Open House beliau di bulan Syawal ini.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Fabulous2023
----
WhatsApp : https://dewimarlyna.wasap.my/
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
No comments:
Post a Comment